Bukan semua kawan yang korang rasa ngam tu boleh jadi travel partner yang baik tau.

Biasa kalau pergi holiday mesti nak enjoy kan? Tapi kalau geng tak sekepala ikut sekali boleh jadi masalah tau.

Aku memang selalu travel dengan gegurl ni, maklumlah masih solo. Nak travel sendiri memang tak la. Jadi aku nak share ngan korang supaya boleh jadi pengajaran. Bukan semua kawan yang korang rasa ngam tu boleh jadi travel partner yang baik tau.

Okay, lets start.

Plan gi holiday ni aku ngan Zetty (bukan nama sebenar) dah lama plan. Cuma rasa macam tak cukup korum kalau travel berdua je. So kitorang ajak la sekali Hani (pun bukan nama sebenar). Bila bertiga belanja pun kurang sikit.

Tugasan masing-masing dah clear, aku kena buat aktiviti list, Zetty incharge penginapan dan Hani kerja dia settlekan pengangkutan. Itu la antara kelebihan ada travel partner, kalau tak semua kena buat sorang.

Problemnya bermula dari sebelum fly lagi. Ada beberapa aktiviti yang aku dah plan dia tak berkenan. Zeti ngan aku suka aktiviti luar, Hani pulak dia jenis yang suka shopping. So dia nak aku banyakkan aktiviti melawat tempat yang boleh shopping. Kan ke giler tu. Kalau setakat nak shopping, gi je la Pavilion tu, tak payah nak terbang jauh-jauh. Pada aku ngan Zeti, bila nak melawat negara orang, kenalah rasa keunikan tempat tu. Tapi takpelah, aku mengalah sikit. Potong sikit aktiviti musim panas dan tambah tempat yang biasa tourist pergi.

Masa tu aku dah rasa tak berapa best. Tapi pasal tiket dah booking, takkan nak cancel. Rugi la. Aku Cuma harap konflik ni tak bersambung kat sana.

Tiba hari kitorang travel, Hani buat hal lagi. Dia sampai airport lambat. Kalau rumah jauh takpe la, tapi dia yang paling dekat kot. Dah la check-in tak buat lagi, batang hidung dia muncul lagi 1 jam flight nak take off. Rasa macam nak hempuk je minah ni. Zetty dah mula membebel. Musim cuti memang la line nak check in tu Panjang. Nasib baik sempat oulls. 

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Siap settle semua barang kat apartment yang Zetty dapat dari Airbnb, kitorang pun keluar nak beli barang untuk masak. Nak jimat belanja makan, so kenalah masak sendiri. Beli barang masak pun jadi kisah jugak. Satu nak makan ni, satu lagi nak makan ni. Abis semua menu yang dah kitorang plan awal-awal. Menyumpah dalam hati je la.

Itinerary yang aku buat sebelum kitorang fly pun banyak yang tak buat. Nasib baik tak letak booking awal-awal, kalau tak burn macam tu je. Bila Hani tak nak kalah, trip ni berakhir dengan shopping, shopping, dan shopping! Stress kau. Dapat jugak la tengok scenic places yang memang aku ngan Zetty nak pergi, tapi sekejap je sebab tak cukup time. 4 hari berjalan dari satu kedai ke satu kedai, aku sumpah cuti shopping 3 bulan. Tak lalu dah. Lagi pun bajet lari pasal kena bayar excess baggage fee. 

Banyak lagi benda tak best jadi sebenarnya masa trip ni, tapi takpelah. Dah lepas pun. Nyaris jugak la masam muka sebab masing-masing penat terkejar-kejar ke sana sini. Itu la, dah buat plan tak nak ikut. Bila aktiviti main hentam jer, kelam kabut la jawabnya.

Sebagai pengajaran untuk korang, pastikan kalau nak gi holiday ngan member, bawak yang sekepala je. Kalau tak boleh jadi gaduh tau terutamanya bila kesabaran korang tu nipis. Plan dan bincang elok-elok supaya semua benda berjalan lancar. Komunikasi tu penting supaya semua orang tak buat kepala sendiri je. Periksa balik semua plan yang korang dah buat supaya takde yang tertinggal. 

Kita pergi holiday pasal nak hilangkan stress sambil tengok pemandangan negara orang, bukan nak tambah masalah.