Lagi sedih bila orang yang kita hilang itu IBU sendiri. Hilang sudah salah satu keberkatan dalam hidup. 

Hanya siapa yang pernah alami pengalaman kehilangan seorang ibu tahu apa yang terbuku di dalam hati Issey, DJ Radio kita ini. Cerita ini diceritakan dalam satu program yang dinamakan Bongkat dalam episode 8 iaitu kiblatku. 

Bongkar sesuatu yang kita anggap remeh tapi sebenarnya sesuatu yang terjadi itu sangat serius. Betul, hidup perlukan pengorbanan. Tapi tak semua pengorbanan kita betul dan tak semua perjuangan kita betul. Mungkin buat kita gembira tapi orang sekeliling? Jangan pentingkan diri! Buka mata! Tanpa orang tersayang, hidup kita akan lost. Lost. 

Katanya dirinya lost sebab.. perkara ini baru. Aku rasa benda ni sesuatu yang aku tak boleh terima sampai bila-bila. Memang betul orang cakap kena redha dengan pemergian tapi apa maksud redha? Maksud redha tu bila kau kena orang cakap takpelah, dah sampai masa. Itu ke maksud redha? Orang cakap takpelah, biarlah dah ajal dia. Itu ke maksud redha? 

2 minggu sebelum dia pergi, dia operate kaki. Aku terkejut sebab dapat tahu dia patah kaki, aku balik. Aku sempat uruskan ward, uruskan bilik bedah dia tapi masa nak masuk dewan bedah, sempat jumpa kejap dan itu waktu terakhir jumpa. Jumpa yang salam, peluk, cium dan tangan dia rasa tak lepas aku pergi. Aku tak fikir apa lagi masa tu. Seminggu lepas tu, aku dapat tahu dia kena serangan jantung. 

Bila heart attack tu, aku terus ambil flight balik. Sempat tengok tapi dalam keadaan dia tak sedar. Apa perasaan korang bila lihat mak kau, yang kau tak sempat nak borak dengan dia, yang dia tengah fight untuk terus hidup dan doctor cakap dengan kita, harapan mak ni tipis. Hampir setiap hari dia text aku. Text yang kadang tanya bila aku balik kerja, pukul berapa, kerja lagi ke malam tapi sekarang siapa yang text aku? 

Kalau aku ada apa-apa pun, tengah malam aku call dia angkat tau! Sekarang aku nak call siapa? Dengan siapa aku nak cakap kalau tengah stress? Lepas tu, telefon dia aku pegang dan aku tengok rupanya setiap minggu dia undi aku untuk Muzikal Lawak Superstar. Dia tak bagitahu dia undi. Setiap kali aku ada show Muzikal Lawak Superstar, dia akan tanya giliran ke berapa, nombor ke berapa. Tapi sekarang siapa nak text aku, nak tanya aku? Takde dah! 

Tapi aku seronok aku dapat hantar dia, aku mandikan dia, aku kapankan dia pakai baju baru, aku hantar dia sampai liang lahad. Masa kecil dia nak mandikan aku, aku lari tau. Tapi bila saat aku mandikan dia, dia tak bergerak pun! Kau fikir rasa macam mana! Dia tak bergerak pun, tak rasa apa pun. Masa kecil nak suruh kita mandi,  berperang. Tarik baju suruh mandi. Tapi saat mandikan dia, dia tak bergerak. Masa tu kau akan rasa macam menyesalnya melawan aku melawan kau dulu, menyesalnya aku cakap menengking-nengking dulu dengan kau, menyesalnya aku call kau, menyesalnya. Tapi sekarang dah tak boleh buat apa dah. Benda tu kau memang kena hadap semua tu. 

Benda yang aku takkan dapat lepas ni sampai aku mati doa seorang ibu! Takde dah! Macam mana kau nak buat? Yang ada mak lagi ni, ada masa ni, luangkan masa betul-betul dengan mak kau. Gunakan masa tu! Setiap hari aku masih lagi rindukan saat ‘rindu’ tu  dan aku tahu rindu ni takkan habis dan aka nada sampai bila-bila. 

Bila aku balik rumah, rumah tu kosong. Sebelum ni dia duduk sorang je kat rumah tu, macam mana aku nak hadap benda tu? Aku bukak pintu bilik, biasa dia tidur atas katil, sekarang dia takde, katil tu kosong. Aku buka pintu, dia duduk atas kerusi tunggu aku balik. Kerusi tu kosong, dah takde orang! Nak taknak tetap kena terima la! Cuma aku rindu text dia sebab aku tahu masa dia sakit, dia text aku. Aku je kadang-kadang sibuk kerja tak reply text dia balik. 

Tapi biarlah. Bak kata semua orang la, sampai masa kita kena terima, depan orang aku angguk dan aku kata aku boleh terima tapi menipu la! Aku tak boleh tipu diri aku sendiri, aku tak boleh terima lagi benda ni. Sebab aku pernah terfikir dulu, kalau satu hari nanti, nyawa aku dah habis, aku nak pergi masa mak aku masih ada lagi tapi dia yang pergi dulu. 

Betul. Apa-apa pun benda hidup macam ni, dia rasa hilang dengan tak lengkap hidup, yang penting sekali kiblat kena betul la. Ma, selamat malam. Tidurlah sayang! Ma rehatlah. 

Saat kita kehilangan, baru la kita mula untuk menghargai apa yang ada depan kita. Jadi sebelum terjadi, apa kata kita mula sedikit demi sedikit untuk menghargai orang yang kita sayang! Kita buat mereka gembira dan luangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Apabila mereka pergi meninggal kita, kenangan inilah yang bakal kita rindu! Percayalah! Sakitnya sesalan apabila kita tak buat dari kita buat.