Jaga kulit wajah dengan bahan semulajadi yang dijamin halal!

Perkongsian Ema Tunz mengajar kita cara membuat masker wajah dengan hanya menggunakan bahan yang boleh didapati dalam dapur seperti timun, kunyit dan buah naga. Jimat wang dan diyakini halal. Masker wajah ini boleh diamalkan oleh semua jenis kulit tetapi kena tahu bila sekali buat, muka anda mengalami sebarang rashes atau naik bintik-bintik merah, jangan teruskan ya. Boleh cuba masker jenis lain. 

Siapa yang ada masalah sembab, lingkaran gelap bawah mata tu boleh juga cuba cara ini okay.

Masker Lemon & Serbuk Kunyit 

Food on a table

Description automatically generated

Masker ini untuk buang kotoran dalam liang roma, menghilangkan bekas atau parut serta menjadikan kulit lebih segar dan wajah awet muda gitu. 

Bahan-bahan : 

  • Lemon
  • Serbuk Kunyit 

Cara membuat : 

  1. Belah dua lemon, kemudian perahkan jusnya.
  2. Campurkan dengan dua sudu serbuk kunyit.
  3. Gaul rata kemudian tepek kat muka.
  4. Biarkan 20 minit kemudian bilas. 
A person wearing a hat

Description automatically generated

Nota : 

Lemon kaya dengan Vitamin C iaitu antioksida semulajadi. Khasiat ini membantu hilangkan racun yang terperangkap bawah lapisan kulit. Sebab itu digalakkan minum air suam bercampur perahan lemon untuk bersihkan kotoran dan toksin dalam badan. Kunyit pula bahan mesra alam, banyak digunakan untuk tujuan masakan. Selain itu, kunyit juga memang terkenal sebagai ubat traditional untuk atasi masalah kulit.