7 perkara wajib tahu sebelum bawa anak kecil bercuti

Buat perancangan rapi untuk elak anak meragam dan percutian akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Hujung tahun dah dekat, korang ada plan nak pergi holiday ker? Ada baby nak bawak sekali? 

Travel dengan baby atau anak kecil ni tricky sikit. Maklum lah, mood diorang ni kita tak boleh nak jangka. Bila kita rasa semua ok, masa tu la dia start melalak. Tak nak lah spoil masa berseronok sebab anak asyik meragam.

So, rahsianya adalah buat persediaan untuk sebarang kemungkinan! Jangan pening-pening, akak share ngan korang antara tips berguna bila nak travel ngan baby atau anak kecil based on pengalaman akak sendiri.

Pengangkutan/Perjalanan

Pilih seat bersebelahan tingkap so anak tak rasa bosan terutamanya jika perjalanan korang mengambil masa yang panjang. Cuba untuk jadualkan perjalanan dalam waktu tidur anak terutamanya baby.

Penginapan

Cuba untuk dapatkan suite yang ada bilik extra kalau tak semua stress. Biasanya suite pun ada kitchen, so senang nak buat susu dan snek untuk anak. Kalau korang plan awal, suite ni boleh dapat dalam harga yang berpatutan. Kalau tak, pastikan tempat penginapan ada baby crib. So semuanya berbalik pada perancangan.

Snek dan mainan

Siapkan bekalan snek dan minuman sebelum memulakan perjalanan. Baby atau anak kecil sangat sensitive pada perubahan, jadi pastikan mainan kegemaran mereka ada bersama-sama supaya mereka rasa selamat. Teddy bucuk tu boleh membantu anak korang lebih senang tidur, jadi takde masalah nak jalan jauh. 

Pakaian

Bawa pakaian extra! Namapun bawak budak kecik, kalau air tertumpah kat baju atau kotor tu biasa. Begitu juga dengan lampin pakai buang, lebih baik bawa lebih. Ini kita tak boleh control. Tentu saja kita taknak anak mengamuk bila terpaksa pakai lampin basah.

Gajet/Tablet

Okay, bila melibatkan perjalanan yang melebihi masa 2 jam korang kenalah pastikan anak kecil tak rasa bosan atau dia akan start buat perangai. Kalau tidur sepanjang perjalanan tu ‘jackpot’. Tapi pada yang susah nak tidur, pastikan gajet anda cukup bateri dan juga games kat dalam tu.

Aktiviti

Bila travel ngan baby atau anak yang masih kecil, elakkan dari lakukan terlalu banyak aktiviti dalam satu hari. Ingat, bila letih, anak-anak lebih mudah meragam.

Tak kira kemana korang plan nak pergi bercuti, apa yang penting adalah rancang semua sekali dengan teliti. Buat checklist supaya korang tahu apa yang korang perlukan dan sentiasa bersedia untuk benda-benda yang korang tak jangka. Selamat bercuti gais!