Selalu Sunquick ni kita buat air je. Jarang-jarangla kita nak guna untuk masak benda lain.

Tapi hari ni akak nak share sesuatu yang istiewa iaitu Kek Orange Sunquick. Pasti terangkatlah. Mana tidaknya, ada masam ada manis, complete gitu

Bahan-bahan yang perlu ada sudah semestinya Sunquick

Bahan – bahan: 

  • Marjerin (nak guna butter pun boleh) ~ 1 cawan (250g) 
  • Gula kastor ~ 1 cawan
  • Telur ~ 6 biji
  • Pati oren sunquick ~ 3 camca besar 
  • Susu sejat (evaporated creamer) ~ Suku cawan (50 ml) 
  • Tepung gandum ~ 2 cawan
  • Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 sudu besar (7gram) 
  • Esen vanila (1 sudu teh) 
  • Sebiji oren Sunkist (potong kecil-kecil sekali dengan kulitnya, kemudian blend halus)

Cara penyediaan:

1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang dan ringan.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.

  1. Masukkan pati oren, buah oren sunkist blend dan susu sambil dikacau rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga selesai.
  3. Tuangkan ke dalam acuan (7 inci) yang telah disapukan dengan marjerin dan bakar dengan suhu 160c selama 30-45 minit atau sehingga masak. 

Dah siap! Korang yang nak buat tu selamat mencuba!!