Senaman yang sesuai untuk mereka yang MALAS bersenam tapi ingat, gerakannya mampu membuatkan anda menangis!

Biasanya mereka yang berkata ingin kurus atau buat senaman ini mesti akan bermula dengan perkataan “Tiada masa”, “Sibuk kerja”. Tetapi tahukah anda, senaman Tabata ini mudah untuk dilakukan? Dan hanya memerlukan 4 minit masa anda!

Tabata ini juga digelar ‘senaman orang malas’ kerana hanya memerlukan masa empat minit, kesan senaman ini dikatakan memberi kesan yang sangat efektif terhadap kesihatan tubuh badan. Ini dibuktikan oleh kajian pakar senaman, Dr Michele Olson yang mengatakan senaman Tabata mampu membakar 13.5 kilo kalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak dua kali ganda. 

Apa itu Tabata?

Tabata ini satu senaman atau latihan yang dipelopori oleh seorang saintis Jepun iaitu Dr Izumi Tabata dan researchers daripada National Institute of Fitness and Sports, Tokyo. Setiap senaman dalam Tabata focus pada satu otot lebih kurang dalam 4 minit sebelum focus pada otot lain. Pergerakan dalam Tabata ini nampak mudah tetapi kalau anda tidak biasa buat senaman ini, memang rasa lebam! Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan senaman Tabata ini dua kali sehari iaitu sebelah pagi dan malam.

Kelebihan Tabata

Tabata, satu senaman yang sangat cepat dan efektif untuk meningkatkan kadar metabolisma badan dan membakar lemak. Tabata focus pada muscle. Pembakaran lemak jadi sangat berkesan bila muscle itu sendiri yang membakar lemak. Lemak yang dibakar akan bertukar menjadi tenaga.

Yang menariknya lemak akan terus terbakar walaupun selepas 2-3 hari buat senaman ini. 

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Konsep senaman Tabata

Senaman Tabata lazimnya diselang -selikan di antara satu rutin senaman selama 20 saat dengan rehat sebentar 10 saat. Kemudian, set senaman tersebut diulang sebanyak lapan kali mengikut rutin senaman yang berbeza atau sama mengikut kemahuan. Ini bermakna setiap satu set akan mengambil masa 30 saat. Dan jika dihitung, lapan set rutin senaman hanya memperuntukkan empat minit sahaja. 

Cadangan rutin senaman pula membabitkan pergerakan kumpulan otot besar seperti : 

  • Squat
  • Burpess
  • Mountain Climbers
  • Plank
  • Tekan tubi 
  • Lompat setempat atau lompat bintang

Kebiasaannya, bila kita baru berjinak dengan senaman ini, tubuh akan berasa sangat penat dan bernafas laju seperti dah menjalani sesi senaman yang berjam-jam lamanya ataupun berlari 100meter haha Tetapi senaman ini juga anda boleh memilih rutin yang diinginkan kerana konsepnya lebih santai dan ia tidak memerlukan peralatan senaman yang khusus.

A screenshot of text

Description automatically generated

Sejujurnya, Tabata ini bagus untuk individu yang ‘sibuk’! Mereka yang jarang bersenam, disarankan untuk melakukan rutin senaman yang ringan terlebih dahulu dan tidak memaksa diri secara berlebihan. Bila sudah selesa dengan konsep senaman ini, barulah anda menambah masa senaman sehingga 12 – 20 minit mengikut kemampuan diri.