Selain sedap, Buah Naga pun boleh jadi masker bagi penjagaan wajah untuk semua jenis kulit.

Penjagaan wajah amat penting bagi setiap wanita tidak kira muda mahupun yang sudah berusia. Tak semestinya kita perlu buat facial setiap bulan dan bayar dengan harga yang lebih tinggi tetapi hanya buat sendiri di rumah sahaja. Itukan lebih jimat! Jangan risau, masker sis nak kongsi harini pastinya mudah, selamat dan diyakini halal hehe 

Bila sudah penat seharian melakukan pelbagai aktiviti, sudah semestinya kita ingin memanjakakn diri di rumah sambil menonton Netflix. Sementara itu, boleh la cuba masker buah naga ini. Mesti tak menyesal! 

Masker Buah Naga 

A close up of a persons face

Description automatically generated

Masker kali ini boleh membuatkan kulit anda rasa makin lembut. Rugi siapa tak suka masker wajah hihi Best tau dan sejuk je masa pakai tu. Orang kata terpaksa la awet muda jelitasss mengalahkan anak dara la lepas ni haha 😛 

Bahan-bahan : 

  • 1 per 4 isi buah naga

Cara membuat : 

  1. Lenyek dengan garpu sampai hancur isinya. 
  2. Cuci muka dan cuci tangan dengan bersih. 
  3. Tepek perlahan-lahan ke kulit muka guna jari. Nak guna sarung tangan pun boleh. 
  4. Biarkan 1 jam sampai air jus buah ni kering. Air tersebut diserap oleh kulit muka. Waktu ni, anda rasa kulit ringan dan sedikit sejuk. 
  5. Cuci bersih muka dengan air suam (untuk kulit berminyak) atau air sejuk (untuk kecilkan liang roma). Lepas cuci, kulit lembut macam kulit bayi. 
A picture containing person, wall, woman, pink

Description automatically generated

Nota : 

Buah Naga ini mempunyai Vitamin C yang dapat merawat masalah kulit. Selain daripada membantu menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga melambatkan proses penuaan.