Jangan main sambar je sebab cantik atau murah, tak kena gaya boleh bawa mudarat

Bra tu dah macam kawan baik setiap wanita. Pakaian dalam ni la yang bantu menyokong kedudukan payudara. Barulah mantap dan kekal awet muda. Ingat, awet muda bukan pada wajah sahaja tau. Bahagian payudara juga adalah aset yang perlu kita lindungi.

Jadi, apa yg korang tengok bila nak beli bra? Harga? Warna? Stail? Atau tangkap muat jer? 

Korang tahu tak kalau pakai bra/baju dalam yang tak sesuai dengan payudara dan badan, ia akan mengakibatkan beberapa masalah dari kesihatan. Bukan itu sahaja, ia juga memberi kesan buruk pada postur badan. 

Ramai sebenarnya masih keliru macam mana nak cari bra yang betul. Bila salah beli, mulalah korang tak selesa kan. So korang boleh ikut 5 tips kat bawah ni next time gi shopping lingerie!

A picture containing person, clothing, sitting, sky

Description automatically generated

Periksa cangkuk bra

Cangkuk akhir atau paling depan? Orait, ramai yang pakai bra guna cangkuk terakhir. SALAH! Cara yang sepatutnya ialah, semasa mencuba bra baharu, mulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Kalau bra terletak elok, maksudnya itu lah saiz yang sesuai dengan korang. 

A person posing for the camera

Description automatically generated

Periksa kedudukan bahagian tali belakang bra

Bahagian belakang dan hadapan bra perlu selari. Kalau bra yang korang pakai rasa macam terangkat kat belah belakang tu, maksudnya saiz bra tu tak sesuai dengan payudara korang. Pilih la saiz lain?

A person posing for a picture

Description automatically generated

Panjang/pendek tali bra

Salah satu benda yang korang selalu buat ialah memendekkan tali bra untuk pastikan cup bra melekat kan. Tapi sebenarnya, kalau saiz bra korang betul, tak perlu pendekkan tali bra, apalagi kalau sampai meninggalkan kesan kat bahu.

A person posing for the camera

Description automatically generated

Pastikan takde bahagian payudara yang terkeluar

Kalau ada bahagian yang terkeluar di tepi ketiak dan bahagian dada. Itu maksudnya korang dah pakai saiz bra yang lebih kecil daripada yang sepatutnya. Cara yang sepatutnya ialah pastikan tidak ada bahagian yang terkeluar daripada cup. 

A person posing for the camera

Description automatically generated

Bra cup tak melekat?

Satu lagi benda yang korang kena pastikan ialah make sure cup korang melekap elok pada tubuh. Kalau terangkat semacam, maksudnya tak sesuai lah tu! Sebabnya, coli yang baik akan menampung payudara korang dengan elok tanpa rasa sakit.