Bila travel ke luar negara, biar bergaya simple asal jangan tak bergaya langsung.

Cuti dah lulus, tiket dan dokumen perjalanan pun dah settle. Satu yang masih tetangguh, beg belum kemas! Ha, ini satu masalah yang kita kena hadap setiap kali nak pergi bercuti. Kalau balik kampung beraya takpe la satu but penuh dengan beg pelbagai saiz, tapi bila melibatkan medium pengangkutan lain, boleh jadi masalah besar.

Buka almari semua rasa nak bawa. Buka laci, rasa semua aksesori nak angkut sekali. Berapa banyak beg nak bawa? Pening-pening. Lebih-lebih lagi kalau naik plane. Kita bukan retis dik ada PA tolong carry beg.

Meh akak share ngan korang cara nak packing ala minimalist. 1 beg carry-on dah cukup. Apa yang penting dapat jimat duit dari bayar caj bagasi dan memudahkan kita bergerak. Nama pun bercuti, takkan nak sibuk pikul beg bertimbun. Oh ya, takde lagi risiko beg korang salah alamat!

Pilih beg yang betul

Rambang mata kalau nak beli beg travel ni dik oi. Perkara pertama yang perlu korang check adalah beg yang dipilih ada tanda ‘carry-on approved’. Ha, yang ni tak perlu nak check in. Biasanya saiz dia dalam 9” x 14” x 21.5”.

Korang jangan lupa sling bag comey untuk jalan-jalan. Takkan nak pakai pouch bag atau bawa beg galas kesana-sini. Takut kena target penyeluk saku atau penyamun kat luar negara tu.

A close up of a suitcase

Description automatically generated
Pastikan saiz beg yang dipilih menepati piawaian ‘carry-on approved’ supaya tak perlu check-in bagasi

Buat senarai barang yang PERLU dibawa

Jangan sekadar buat senarai je dik, lepas tu beg tak boleh nak zip. Kenalah ikut senarai yang dah korang buat. Jangan memandai tambah yer. Senaraikan pakaian, alat solek dan keperluan lain yang korang nak bawa. NOTA PENTING: Bawa barang yang perlu sahaja yer! Tak perlu nak peningkan kepala bawa benda yang ‘incase’ nak guna sebab korang memang takkan guna.

Pilih baju yang boleh mix n match

Korang nak pergi holiday, bukan nak buat fashion show sampai nak berangkut satu almari. Pilih top yang boleh dipadankan dengan jeans atau skirt labuh. Pelbagai gaya gitu. Lebih mudah kalau pilih yang tak perlu gosok (takkan nak bawak seterika naik flight dik).

Bagi yang berhijab, boleh lah bawak instant shawl atau tudung bawal yang tak mudah kedut. 

Pilih pakaian yang boleh disuaipadan untuk memudahkan pemilihan style OOTD yang dikehendaki

Satu lagi, pilih baju yang korang sure nampak cantik dalam gambar. So tak perlu nak bawa sweatpants dengan tshirt lusuh yang korang suka tu. Boleh tukar dengan leggings dan tshirt baggy supaya korang sentiasa ‘camera ready’.

Gulung macam kuih ketayap

Ini cara paling win nak jimat ruang. Kalau nak susun bertingkek-tingkek macam dalam almari, sampai kesudah la tak cukup tempat. Kalau nak lagi organize, korang boleh pakai packing cube. Pilihan ni mudah sedikit dan kemas. Tak perlu nak keluarkan semua isi perut beg semata-mata nak cari satu baju.

Guna ‘packing cube’ supaya barangan tidak bersepah dan mudah dicari

Pakai jaket/jeans atau boots dalam pesawat

Pakaian yang berat atau tebal akan ambil banyak ruang, nak senang, pakai je masa perjalanan. Lebih ruang dalam luggage untuk barang lain dik. Lagipun boleh la Nampak stylo sikit sebelum fly.

Pentingkan keselesaan kaki

Ha, yang ni common sense yer dik. Takkan korang nak menjelajah negara orang pakai kasut tumit. Melecet kaki. Sama macam baju, pilih kasut yang boleh disuaipadan dengan OOTD. Kalau tak sure kasut yang mana satu, duduk dan tanya diri sendiri, “sanggupke aku pakai kasut ni sepanjang hari?” kalau jawapannya TIDAK, maka tinggalkan je la walaupun itu kasut feveret korang.

A view of a car

Description automatically generated
Kasut atau sandal yang dipilih perlu bersesuaian dengan style dan tidak menyakitkan kaki!

Barang perapian diri/make-up

Okay, yang ni penting. Gunakan travel kit! Tak perlu nak bawa shampu atau wangian dalam botol besar. Silap haribulan abang kastam rampas. Biasakan hotel ada sediakan barang-barang asas macam ni, tapi kalua nak bawa juga (takut tak sesuai dengan kulit atau rambut korang) pergi je farmasi. Pilihannya unlimited. Sama juga dengan make-up, bawa yang perlu sahaja. Kenapa nak bawa 5 warna gincu bila 2 dah cukup. Berus tu pun tak perlu sampai 5-6, hadkan kepada 3. 

A picture containing wall

Description automatically generated
Minimakan pemilihan barangan penjagaan diri dan juga make-up kepada yang perlu sahaja

Ubat-ubatan

Ubat tahan sakit, minyak angin, koyok, band-aid, jamu perawan….semua tu tinggalkan je kat rumah. Lain ceritanya kalau doctor korang kata ubat tu perlu, yang lain boleh beli bila sampai kat destinasi korang.

Apa yang penting bila korang decide nak travel dengan satu beg adalah korang kena bijak memilih barangan yang nak dibawa. Perlu ingat tujuan korang bercuti adalah untuk bergembira. Jangan sebab ada beg korang yang sangkut kat airport, tergendala rancangan bersuka ria. Jangan lari dari list yang korang dah buat. Semua barang dalam beg tu perlu berfungsi, bukan saja-saja bawa atau mana tau nak guna. Biar bergaya simple asal jangan tak bergaya langsung.

Selamat bercuti u gais!