Jangan takut untuk berterus terang atau ramai yang akan susah pasal keputusan tak matang kita

Kad kenduri dah edar, sedara mara pun dah berkampung kat rumah. Tapi dalam gembira nak sambut menantu, jadi kisah tragis bila pengantin lelaki tarik diri. 

Aku share kisah aku supaya korang boleh belajar. Bila ambik keputusan nak bina masjid kena betul-betul bersedia dan tetap hati. Kalau dalam diri tu masih ada persaaan ragu-ragu atau niat nak berseronok  macam orang bujang, lupakan je lah. Nanti tak pasal-pasal keluarga terbabit tanggung susah.

Bayangkanlah, 5 tahun bercinta bagai nak rak tak pernah ada problem langsung. Kalau setakat bertekak biasa tu namanya lumrah. Setahun tempoh bertunang pun alhamdulillah tak de masalah. 

Cuma masa mula buat persiapan kahwin tu dapat rasa la tunang aku ni macam distant sikit. Tapi bila aku tanya, dia kata ok je. Kalau masa tu kau terus terang kata tak nak teruskan majlis ni, takdelah aku buang duit siapkan itu ini. Takdelah mak bapak aku beria-ia nak adakan kenduri besar. 

Sehari sebelum nikah tu, aku rasa akulah orang paling bahagia sekali. Akhirnya impian aku untuk disandingkan dengan kekasih hati makin dekat untuk jadi kenyataan. Semua perancangan berjalan lancar sampailah abang pada tunang aku datang ke rumah petang tu.

Bercinta lama-lama bukan penentu si dia akan jadi pasangan hidup kita

Suasana gembira kat rumah aku tu tiba-tiba tukar jadi kelam kabut. Mak aku menjerit-jerit maki abang tunang aku. Sepupu lelaki aku semua pun dok kecoh jerit-jerit sekali. Aku dengan tangan yang baru abis pakai inai ni keluar dari bilik nak tahu apa jadi. Masa tu mak andam tegah tapi aku dah tak peduli. Aku kena tahu apa yang jadi.

Rupanya abang tunang aku datang sebab nak beritahu adik lelaki dia dah lari. Tunang aku cuma beritahu kat keluarga dia yang dia belum ready nak nikah then terus blah tak balik-balik. Allah…masa tu aku rasa macam nak pitam. Mana taknya, esok pagi patutnya kitorang nikah. Aku dah siap semuanya, boleh pulak bala ni sampai.

Aku terus call tunang aku. Mula-mula tak jawab. Mesej pun dia bagi aku blue tick je. Aku cakap kat dia kita kena bincang baik-baik. Benda ni melibatkan keluarga dan maruah, bukan boleh buat main-main. Aku tak ingat lah berapa ratus kali aku call dia, akhirnya dia angkat.

Kalau ikut hati aku, aku maki je dia masa tu, tapi mengenangkan aku ni tgh try nak settlekan masalah, tak jadi kena maki mamat phyco tu.

Aku tanya dia elok-elok kenapa buat aku dan keluarga aku macam ni? Kenapa tak bincang awal-awal? Kenapa ambik keputusan tak bincang dengan aku dulu?

Alasannya, rasa belum sedia. Aduhhhhh, kenapa baru sekarang rasa tak ready? Sebelum ni kau yang sibuk nak nikah cepat. Apa pun aku ngan keluarga cakap masa tu, tunang aku tetap tak nak nikah. Dia minta maaf sangat-sangat tapi dia memang tak boleh nikah ngan aku. 

Korang boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu. Marah, geram, benci, sedih, pendek kata bercampur baur. Kalau lah tunang aku ada depan mata aku masa tu, lumat dia aku kerjakan.

Dari kenduri meraikan pengantin, jadi majlis makan-makan biasa sebab lelaki pengecut

Apapun, majlis kenduri esok tu tetap juga lah jalan walaupun tanpa pasangan pengantin. Jadi macam majlis makan-makan je. Ye lah, semua dah sedia, jemputan pun dah datang, takkan nak halau balik. Sedih masa tu tengok mak, bapak ngan keluarga aku. Aku pulak dari sedih malam tadi dah jadi marah. Perasaan marah je yang aku ada. 

Aku kecewa dia buat aku macam ni. Sakit hati aku boleh tahan tapi aib yang dia bawak pada keluarga aku tu aku takkan maafkan sampai bila-bila.

Sebulan lepas majlis nikah aku yang tak jadi tu, aku dapat tahu bekas tunang aku tu bertunang dengan orang lain. Memang lepas insiden nikah tak jadi tu aku terus tak contact dia. Segala urusan ganti rugi semua aku deal terus ngan keluarga dia. So bila dapat tahu berita pertunangan dia tu aku fahamlah. Kau sebenarnya memang tak nak kahwin dengan aku, tapi sebab ko tu jenis lelaki pengecut, kau tak berani pun nak mengaku.

Kalau dah takde hati cakap la awal-awal. Tak lah menyusahkan mak bapak aku. Tak lah sakit sangat hati aku ni. Kau pun dah ada orang lain kan, jadi alasan tak ready tu cuma helah kau nak larikan diri.Pada korang yang dalam fasa pertunangan tu check lah pasangan masing-masing. Kalau rasa tak sure baik tak payah teruskan dari awal. Jangan bila hari nak nikah dah dekat baru kata tak jadi. Keputusan korang bukan je melibatkan hubungan dengan pasangan tapi juga keluarga. Jagan hokum keluarga untuk tanggung rugi dan malu sebab kebodohan korang.