Pedihnya hati bila mak mertua tuduh tak pandai jaga perut suami!

A group of people sitting at a table

Description automatically generated

Orang kata, kalau dah berkahwin tu, seeloknya janganlah tinggal di rumah mertua atau membenarkan mertua tinggal sebumbung dengan kita. Bukan apa, nanti semua benda jadi serba tak kena dan mesti akan timbul persengketaan walau sebaik mana pun kita cuba elakkan. Tapi, bukan semua orang bertuah dan mampu untuk tinggal berasingan dengan keluarga mertua atas pelbagai faktor seperti jarak rumah dengan tempat kerja atau pun masih tidak mampu untuk membeli atau menyewa rumah sendiri.

Hari ini, SW nak kongsikan perkongsian cerita dan situasi sebenar yang dialami oleh seorang wanita yang hanya menamakan dirinya sebagai Lia (bukan nama sebenar).

Lia dan suaminya, Zain (bukan nama sebenar) baru sahaja berkahwin selama lima bulan. Memandangkan pejabat Zain sangat dekat dengan rumah keluarganya, Zain memutuskan untuk tinggal di situ kerana mudah dan menjimatkan.

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, Lia mengakui, ‘nerakanya’ bermula semenjak hari pertama dia tinggal di situ. 

Apa sahaja yang Lia buat tidak kena pada mata ibu dan kakak sulung Zain yang juga tinggal bersama dalam rumah itu.

“Ibu mertua merupakan seorang yang sangat pembersih dan mempunyai cara tersendiri apabila mengemas rumah.

“Contohnya, dia akan mencuci kualinya sehingga benar-benar berkilat selepas digunakan, Biarpun kuali tersebut dah lama, tapi masih nampak seperti baru.

“Pernah sekali tu, saya cuci kualinya tidak sebersih dia selalu cuci dan apalagi, saya kena marah dan ia membuatkan saya benar-benar terasa,” kata Lia.

A person preparing food in a kitchen

Description automatically generated

Selain itu, setiap kali Zain pulang daripada pejabat, Lia akan bersedia untuk menjamu suaminya itu dengan minuman panas dan juga kuih-muih seperti pisang goreng atau pun kuih keria kegemaran suaminya.

Tapi, setiap kali itulah juga ibu mertua dan kakak iparnya akan turut sama menyibuk dan mahu menyediakan makanan untuk Zain.

Akibatnya, Lia nampak malas dan tidak pandai melayan suami.

“Pernah beberapa kail, Zain bertanya kepada saya, kenapa bagi mak yang sediakan makanan sedangkan saya isterinya.

“Saya cakaplah, mak yang nak. Zain hanya diam sebab takkan dia nak marah ibunya pula kan.

“Lagipun, itu kan rumah ibu mertua dan kakak. Saya ni yang orang luar,” ujar Lia seperti berjauh hati.

Ujar Lia, dia tahu lah nak buat apa sebab Zain kan suaminya. Semua benda disediakan untuk Zain, sampai rambut suaminya itu juga Lia yang shampukan.

Tapi ibu mertua dan kakak ipar tetap juga mahu menyibuk dan sediakan semua keperluan suami. Sudahlah Lia itu suri rumah. Bertambah serba salah dibuatnya.

A person sitting in a room

Description automatically generated

Lia rasa sangat dipinggirkan bila tinggal bersama mertuanya. Namun dia tiada daya untuk bersuara atau membantah kerana tidak mahu Zain menjadi anak derhaka apabila menegur ibunya.

“Sebelum ini, semasa bertunang, ibu mertua melayan saya baik sangat.

“Bila dah sebumbung, terus dia tunjuk belang. Semua yang saya buat tak kena. Saya ingat isu dengan ibu mertua ni takkan berlaku pada saya. Maklumlah sebab saya beruntung dapat ibu mertua yang baik.

“Rupanyaaaaa….. Hmm, sabar ajelah,” ujar Lia yang juga berharap agar isteri-isteri lain yang mengalami isu sepertinya untuk sama-sama bersabar.

Sumber : kisahrumahtangga.my