Kanak-kanak adakalanya gemar merengek untuk mendapatkan perhatian. Kadang-kadang, dia akan merengek tanpa tahu hujung pangkal. Alahai, pening. Sebagai ibu, kita kadangkala akan berasa runsing kerana tak tahu apa yang dimahukan oleh anak dan juga apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan rengekan tersebut. Tapi jangan risau, sini SW akan kongsikan beberapa tips untuk menghentikan rengekan anak.

Slikovni rezultat za anak menangis

– Minta anak cakap dengan jelas. Okay setiap kali anak merengek, cakap dengan mereka, “Mama tak faham lah apa yang kamu cakapkan. Cakap dengan jelas ya” Ungkapkan perkataan ini sambil tersenyum supaya anak-anak selesa untuk bercakap dengan anda.

– Jika anak mengulangi rengekannya, ulang semula arahan anda dan beritahu mereka bahawa anda tak faham apa yang mereka katakan dengan nada lembut

A close up of a person

Description automatically generated

– Selepas itu, sekiranya anak mengubah nada bicaranya tanpa merengek, anda perlu fokus dan tumpukan perhatian dengan apa yang ingin dikatakannya dan respon dengan baik.

– Sekiranya anak masih merengek setelah anda respon padanya, anda boleh abaikan permintaan mereka sehingga mereka berhenti merengek.

Slikovni rezultat za anak menangis

Tips berikut adalah untuk memperbaiki kelakuan anak-anak tanpa memarahi mereka kerana marah hanya akan menyebabkan anak-anak semakin merengek dan tidak akan menyelesaikan masalah.

Yang penting, mommies kena konsisten tau. Kalau kita konsisten dan sabar dalam melayan anak-anak merengek, mereka akan berhenti merengek.

Good luck!