Bau kasut sememangnya merupakan masalah yang cukup mengganggu dan memalukan. Hal ini kerana bau daripada kasut boleh menyebabkan bau kepada kaki jugak. Bayangkan kita menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan yang diadakan di rumah dan kena bukak kasut. Tiba-tiba bau kasut tu pulak kuat, kan tak pasal-pasal dah malu. Muka cantik, makeup on point tapi alahai kasut dan kaki pulak berbau!

Okay takpe, bau pada kasut sebenarnya perkara yang biasa sebab sama seperti bahagian lain pada tubuh, kaki juga mengeluarkan peluh, lebih-lebih lagi selepas seharian kasut tu dipakai. Lembapan yang terhasil akibat peluh sememangnya akan mengakibatkan permbiakan bakteria dan juga menyebabkan kasut tu jadi berbau. Ramai yang akan basuh kasut tu selepas terbau bau yang kurang menyenangkan tapi sebenarnya ia tak cukup.

Tapi jangan risau sebab hari ni min nak kongsikan tips menghilangkan bau pada kasut.

A picture containing food, sitting, sugar, table

Description automatically generated

– Meletakkan garam dalam kasut

Rasanya ramai yang tahu garam memiliki sifat menyerap lembapan yang berkesan. Garam yang diletakkan dalam kasut akan menyerap lembapan yang terkumpul dalam kasut dan juga menghilangkan bakteria yang ada alam tu. Hasilnya, kasut anda bebas bau dan takde bakteria. Wah, kena cuba ni!

A close up of a drink

Description automatically generated

– Baking soda

Sama seperti garam, baking soda juga mempunyai kuasa penyerapan yang baik. Ia juga senang nak dijumpai di rumah. Caranya ialah taburkan baking soda dalam kasut yang dah berbau dan biarkan ia semalaman. Lepas tu, bersihkan baking soda tersebut dan pakailah kasut macam biasa. Gerenti bau semua tu dah hilang.

A picture containing toiletry, indoor, sitting, next

Description automatically generated

– Bedak bayi

Haa yang ni min selalu nampak orang buat sebab tips ini memang popular. Kenapa tips ini popular, sebab ia memang berkesan. Bedak bayi memang terkenal memiliki bau harum yang sangat menyenangkan. Caranya ialah dengan menaburkan bedak bayi dalam kasut dan dibiarkan semalaman. Bukan sahaja bau hilang, kasut juga akan menjadi lebih wangi.

A picture containing indoor, refrigerator, cabinet, wall

Description automatically generated

– Masukkan kasut dalam peti sejuk

Alamak, kasut dahlah berbau, takkan nak masuk dalam peti sejuk yang kita letak makanan tu? Takpe, jangan risau. Cara ini sebenarnya cukup berkesan dan boleh dicuba. Pertama sekali, uols kena balut dulu kasut menggunakan plastik kedap udara. Dah balut, masukkan sahaja dalam peti sejuk. Bakteria dan bau akan hilang dalam suhu yang sejuk.

A picture containing text

Description automatically generated

– Guna surat khabar

Surat khabar terpakai ni memang banyak betul fungsinya. Jangan tak tahu, bau kasut juga boleh hilang dengan menggunakan surat khabar lama. Caranya pastikan kasut yang sudah dipakai tu dalam keadaan yang kering. Selepas itu, bungkus kasut tersebut dengan menggunakan surat khabar lama. Kepingan kertas daripada surat khabar itu akan menyerap bauan daripada kasut dan kasut anda akan bebas bau.

Okay now dah tahu kan kaedah apa nak hilangkan bau kasut. Jadi, kalau dah tahu akan pergi ke kenduri ke atau ada majlis-majlis yang memerlukan anda membuka kasut, boleh praktik kan salah satu tips ini. Tiada alasan lagi kasut berbau dan kaki berbau depan orang ramai!

A picture containing wall, sitting

Description automatically generated