Persediaan minda untuk kembali bekerja selepas berpantang – Ayuh!

Menjadi ibu baharu atau new mother ini memang banyak betul cabarannya. Sebagai ibu yang bekerja, cabaran tersebut lebih besar apabila terpaksa berpisah dengan anak yang masih terlalu kecil kerana tuntutan kerja. Semangat untuk bekerja juga pastinya hilang kerana sudah lama berehat dan juga tidak sampai hati untuk meninggalkan bayi yang memerlukan perhatian dan kasih sayang ekstra daripada si ibu.

Kami di SW amat memahami kegusaran ibu-ibu dan kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips kembali bekerja yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu muda berkerjaya. Harapnya bermanfaat!

A picture containing person, indoor, man, table Description automatically generated

– Bercakap dengan pihak atasan syarikat

Sebelum kembali bekerja, anda boleh bertanya kepada pihak atasan syarikat tentang tugas-tugas baharu sekembalinya ke pejabat. Contohnya, tanya kepada mereka adakah tugas yang dilakukan masih sama seperti sebelum ada anak atau pun akan ada perubahan daripada segi jadual dan tuntutan kerja? Hal ini kerana selaku ibu baru, kita harus menyesuaikan diri dengan waktu menghantar dan mengambil anak daripada pengasuh dan juga menyusu bayi. Selepas tahu tugas-tugas yang perlu dilakukan, bolehlah anda menyesuaikan diri dengan jadual dan kesibukan diri sebagai ibu baru.

A person sitting on a bench Description automatically generated

– Siapkan apa yang sepatutnya sehari lebih awal

Memandangkan menjadi ibu baru memerlukan tuntutan masa yang banyak, kita haruslah mengelakkan diri daripada menjadi panik. Contohnya, siapkan makanan dan pakaian yang untuk esok pada malam sebelumnya. Dengan ini, tidaklah anda bangun dan terkejar-kejar dalam melaksanakan tugas. Biasanya, pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan terkejar-kejar akan menghasilkan result yang kurang memuaskan. 

A small child sitting on a table Description automatically generated

– Cari pengasuh untuk bayi yang baru lahir

Salah satu langkah persiapan yang paling utama sebelum kembali bekerja ialah mencari pengasuh yang bersesuaian dan dipercayai. Ini sangat penting kerana kisah pengasuh dera bayi atau pengasuh sebabkan kematian bayi ini perkara yang cukup sering berlaku. Ia menakutkan namun ia juga satu realiti. Lebih baik lagi sekiranya pengasuh tersbeut tinggal berdekatan dengan tempat tinggal anda bagi memudahkan pergerakan mengambil dan juga menghantar bayi di rumah mereka.

A girl in a blue shirt Description automatically generated

– Simpan gambar anak

Jadi ibu ini memang mudah betul rindu pada anak. Baru lima minit memandu kereta meninggalkan anak pada pengasuh, hati ibu sudah menjadi rindu. Alahai. Okay, bagi mengelakkan rindu melampau yang mungkin boleh mengganggu prestasi kerja, ibu-ibu ambillah gambar anak banyak-banyak untuk ditatap bagi menghilangkan rindu. Kalau nak buat wallpaper pun boleh sangat. 

A picture containing person, man, sky, outdoor Description automatically generated

– Fokus pada pekerjaan

Menjadi ibu ini memang akan membuatkan kita sering terfikir perihal anak yang ditinggalkan. Apa agaknya yang sedang dibuat anak ya? Seronok ke dia di rumah pengasuh tu? Dah mandi ke dia? Fikiran yang menerawang begini sememangnya boleh mengganggu fokus terhadap pekerjaan. Sebagai ibu, elakkan daripada terlalu banyak fikir. Fokus pada kerja dan keluarga dan ini akan membantu fikiran lebih relaks dan tenang. Overthinking itu sangat meletihkan!

Goodluck, mommies! We can do this!