Gaya tudung ni memang sesuatu yang kita kena selalu practice sebab nak tengok mana yang kena dan sesuai dengan bentuk muka dan juga event yang dihadiri. Haa sini SW nak kongsikan tiga gaya tudung ringkas namun masih wow yang dikongsi pemilik akaun instagram @lyanazarel ni. Cantik-cantik gaya yang dikongsi, bolehlah dicuba!

Gaya turban

1. Bahagikan tudung sama panjang di bahagian kir dan kanan

2. Ikat di belakang dan bawa kedua-duanya kedepan

3. Ambil mana-mana bahagian dan lilitkan pada sanggul korang

4. Ulang step ketiga pada bahagian lagi satu

5. Ada lebihan kain tu kan? Ikat sahaja. Tadaaa, dah siap!

– Gaya ringkas dengan earrings

1. Bahagikan shawl sebelah pendek sebelah panjang

2. Bawa kedua-dua bahagian ke belakang dan ikat 

3. Pakai earrings seperti biasa

4. Kemaskan bahagian depan dan siap!

Gaya flowy

1. Bahagikan shawl sebelah pendek kiri pendek dan sebelah kanan panjang

2. Letakkan pin di bahagian telinga kiri untuk kemaskan 

3.Bawa bahagian pendek ke bahu sebelah kanan

4. Ambil bahagian panjang (sebelah dalam) dan bawa ke bahu kiri 

5. Pinkan di bahagian telinga kanan dan siap!

Selamat mencuba!