Alaaa Cik Ju tahu ramai yang dah tepu tak tahu nak buat apa lagi dekat rumah, kan. Dalgona Coffee dah buat, menu simple dah try, tengok movie kat Astro dengan Netflix pun dah. apa lagi? Cik Ju tertarik dgn 1 idea yang dikongsi seorang mommies ni iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah.

Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan haiwan tu!

Apa yang mommies perlu buat?

1. Search saja nama haiwan di google (gambar ke2)

2. Akan ada butang view in your space (gambar ke3)

3. Ikut arahan ye (gambar ke4)

Dan tadaaaa ada zoo dalam rumah! Update… ada yang kena install app dulu rasanya untuk buat 3D… gambar terakhir sekali

Jika takde juga… huhuhu mungkin phone tak support. Senarai haiwan yang ada :

  • Lion
  • Tiger
  • Cheetah
  • Shark
  • Hedgehog
  • Duck
  • Emperor penguin
  • Wolf
  • Angler fish
  • Goat
  • Rottweiler
  • Snakes
  • Eagle
  • Brown bear
  • Alligator
  • Horse
  • Shetland pony
  • Macaw
  • Pug
  • Turtle
  • Cat
  • Octopus
  • Dog

Mak-mak boleh bagi anak try, mesti mereka suka!

Sumber : Dietitian Fizah Sobri