Banyaknya khasiat terung, boleh kuruskan badan jugak!

Siapa sini suka makan terung? Kak Jah dulu tak suka, tapi sekarang suka sangat lagi-lagi kalau buat sambal atau goreng tepung. So, sini Kak Jah share dengan korang khasiat terung yang mungkin korang tak tahu.

Kaya Dengan Antioksidan

Terung mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Ia membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Malah boleh juga menghalang banyak penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

Mengawal Gula Dalam Darah

Terung juga membantu mengekalkan tahap gula anda. Hal ini kerana terung kaya dengan serat. Serat boleh menurunkan gula darah dengan melambatkan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam tubuh. Penyerapan yang lebih perlahan akan mengekalkan tahap gula dalam darah dan menghalangnya daripada meningkat.

Penurunan Berat Badan

Serat juga melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Jumlah kalori dalam terung pun rendah membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Oleh kerana kandungan antioksidan, terung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Terung mempunyai tahap kolesterol dan trigliserida LDL yang lebih rendah.
Jadi, siapa yang tak makan terung, sebaiknya mula amalkan dari sekarang.

Okay lah Kak Jah nak goreng terung dengan tepung tempura nak buat snek! Hehe bye uols!