Cik Ju tengok semenjak Ella artis rock negara tu dah berhijab, mencurah-curah rezeki dia masuk, kita tahu semua dia kahwin agak lewat berbanding wanita lain, tapi dia sangat happy dengan kehidupan sekarang.

Yelah dulu single, sekarang dah ada suami tercinta, lepas tu ambil anak angkat seorang, Cik Ju tengok dia selalu share tentang cerita yang dia menguruskan anak kecil sebagai pengalaman pertama dan pengalaman manis dalam hidupnya.

Walaupun tak mudah, tapi dia sangat suka dengan apa yang dilalui sekarang. Now, bertambah-tambah lah busy kak Ella kita sorang ni sebab dah pun dilamar menjadi duta sebuah produk Muslimah iaitu Sabella, yang terkenal dengan #bajutanpagosok.

Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin berkata menggunakan pengaruh yang ada dalam dunia sendiri, dia sedia mengajak wanita Muslimah lain untuk menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat sekaligus menjadikan ia sebagai dakwah kecil yang dilakukannya.

Selain itu, Ella juga menyokong Sabella yang memberi peluang kepada usahawan wanita untuk menceburi perniagaan sekali gus memberi variasi dalam pakaian muslimah dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Menarik kan? Sambil bergaya sambil buat duit. Dari mommies tak tahu apa yang nak dibuat untuk menjana pendapatan, kak Ella kita dah buka peluang dan langkah untuk kita sebagai wanita ni bergerak untuk menjadi lebih berjaya!

“Macam saya katakan tadi, matlamat dan visi Sabella cukup jelas dan itu sendiri sudah menjadi tarikan magnet untuk berlaku kerjasama ini. Melihat anak muda yang ingin membantu masyarakat dan berdakwah dengan penghasilan baju Muslimah, ia sememangnya harus dicontohi oleh semua usahawan lain. Apatah saya sendiri juga menceburi dunia perniagaan.

Sehingga kini Sabella telah melahirkan tiga jutawan dan telah membantu hampir 13,000 orang untuk menjana pendapatan.

So mommies semua, jom rebut peluang dari Sabella ni, senang la kerja uols, gunakan kak Ella kita ni sebagai pembuka kata untuk korang semua mulakan marketing!

Pandai kan Cik Ju ajar korang? Hehe