Macam pregnancy test, covid-19 boleh dikesan dalam masa 30 minit!

Dalam kekalutan kita menghadapi situasi yang sangat membimbangkan, Cik Ju bangga betul dengan orang yang betul-betuk genius untuk membuat pelbagai mechanism untuk check sama ada seseorang tu dijangkiti Covid-19 atau tak.

Korang memang power! Okay Cik Ju memang excited nak cerita benda ni dekat korang..mommies mesti tahu bentuk pregnancy test kan? Sekarang kalau uols nampak benda tu, so korang tak boleh fikir yang ia hanyalah pregnancy test.

gambar : myeg

Sebab sekarang ni ada bentuk yang sama tapi function dia lain, iaitu cara untuk mengesan sama ada korang dijangkiti virus covid-19 atau tidak. Bentuknya memang sebiji pregnancy test!

Nama dia Test-Kit covid-19, korang boleh tahu result dia dalam masa 30 minit je, so korang tak payahlah nak beratur panjang untuk buat saringan di klinik atau hospital, kan? Check sendiri je dekat rumah.

gambar : myeg

Fuh, orang yang buat ni memang power!

Menurut MyEG, kit ujian COVID-19 ini dibangunkan oleh syarikat diagnostik terkemuka dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di China dimana kini ia digunakan secara meluas.

Kit ujian COVID-19 ini dapat mengesan jika anda dijangkiti virus COVID-19 dengan hanya mengambil masa dalam 30 minit. Harga untuk kit ujian ini adalah RM99 untuk satu kit dan RM990 untuk satu pek.

So kalau korang nak beli test kit ini, uols boleh membuat pra-tempahan di https://app11.myeg.com.my/CVKit/CV_info.jsp.

 Cara penggunaan test kit tersebut boleh didapati di laman sesawang MyEG.

Tapi Cik Gaya tak mampu beli sampai hampir RM1000, sedih! kuarantin jela jawabnyaaa..