‘Saya hanya mampu tengok anak dari jauh je walaupun dia nangis mahu peluk saya,’ derita si ibu lepas rawat pesakit covid-19

Luluh hati Cik Ju tengok anak menangis sebab tak dapat peluk si ibu yang berjuang merawat pesakit yang menghidapi Covid-19. Sedih sangat, Cik Ju sendiri tak mampu nak lalui keadaan tu.

Cik Ju percaya dan yakin kalau mana-mana wanita yang tak ada anak sekalipun, masih lagi mempunyai naluri dan akan tersentuh setiap kali melihat video yang dikongsi seorang doctor, Khadijah Ismail dalam Facebooknya yang sempat merakam anaknya menangis sebab nak peluk ibunya yang sedang dikuarantin.

Wahai anak, ibumu baru sahaja bertugas dan perlu asingkan dirinya demi kepentingan mu, Cik Ju berdoa supaya ibumu sihat dan tidak dijangkiti covid-19 yang menular sekarang.

Perlu faham yang ibumu sendiri sebenarnya tidak sanggup melihat anaknya menangis dan tidak memenuhi permintaan untuk memberi pelukan kasih sayang. Tapi ternyata ibumu sangat kasihkan anaknya dan tidak mahu anaknya dijangkiti virus yang boleh membawa maut.

Korang nampak kan, hanya kerana kepentingan diri sendiri, tidak peka dengan penyebaran virus covid-19, doctor ini salah seorang yang terpaksa menanggung penderitaan dan memisahkan dirinya dengan anak untuk sementara waktu.

Ia segalanya semata-mata untuk berjuang bagi menyembuhkan kembali pesakit yang dijangkiti virus itu. Mana pergi kesedaran kita semua?

Tak kesian ke dengan anak kecil yang betul-betul menangis memerlukan ibunya? Cik Ju betul-betul merayu kepada semua, jangan seksa orang lain kerana kepentingan diri sendiri.

Lagi Cik Ju sedih bila Dr Khadijah yang sedang kuarantin tu hanya melihat anak dan suaminya bermain bersama dalam rumah menerusi cctv yang dipasang di dalam rumah.

Menitik air mata Cik Ju..kuatkan hati ya Dr Khadijah..

Tolonglah rakyat Malaysia, just stay at home dan berdoa supaya dunia kekal menjadi tenang seperti biasa…