Sempat layan TikTok walaupun 1 family kena covid-19…

Cik Ju memang sedih kalau cakap pasal hal covid-19 ni, lagi-lagi kalau 1 keluarga terkena jangkitan tu. Tapi dalam kesedihan ni, Cik Ju rasa bangga dengan 1 keluarga ni yang cekal menghadapi dugaan bila disahkan positive covid-19. Yg bestnya siap buat tiktok dalam hospital! Cool kan family ni?

Jom layan jap TikTok mereka ni…

Pada Cik Ju benda tu bagus sebab nak bagi semangat dekat diri sendiri jugak supaya tak fikir sakit sepanjang hari.

Menurut salah seorang ahli keluarga pesakit COVID-19 ini, mereka sekeluarga terkena wabak ini bukan kerana pergi kenduri tapi bapa mereka merupakan salah seorang barisan hadapan COVID-19 di Hospital Teluk Intan di Jabatan Kecemasan.

Simptom awal yang ditunjukkan dari bapanya sendiri adalah batuk yang teruk, sukar untuk bernafas dan mengalami demam panas.

And now mereka semua berada di Hospital Ipoh.