Lagenda F1 bakal timang anak lelaki pada usia 89 tahun

Kalau kita dengar ada orang yang menimang cahaya mata pada usia yang lewat, itu normal. yelah rezeki masing-masing mana kita boleh jangka. Kan? Hari ni Cik Ju terbaca tentang bekas bos Formula 1 (F1), Bernie Ecclestone akan menimang cahaya mata pada usia 89 tahun..wow! power kan?

Dia bersama isterinya, Fabiana Flosi berusia 44 tahun dilaporkan akan menerima kehadiran anak pertamanya pada Julai ini iaitu musim panas.

Menurut Dailystar lagi, Ecclestone ketika ini sedang menjalani isolasi diri bersama isterinya itu di Brazil.

“Ya isteri saya akan bersalin pada musim panas ini. Harap dia belajar cara bermain catur dalam masa terdekat,” katanya.

Ecclestone sudah memiliki tiga anak perempuan iaitu Deborah, 65, Tamara, 35, dan Petra, 31. Deborah merupakan anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya Ivy Bamford manakala Tamara dan Petra adalah anak bersama isteri keduanya, Slavica Radic.

Ecclestone berkahwin dengan Fabiana pada 2010 di sebuah chalet ski miliknya di Switzerland.

“Sama seperti ibu bapa lain kami hanya satu harapan, anak yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat.

“Harap dia tidak menunjukkan minat dalam F1,” kata Fabiana.

sumber : Dailystar.co.uk