Mesin ATM keluarkan beras untuk penduduk Vietnam

Macam-macam cara sekarang ni orang nak hulurkan bantuan. Disebabkan Covid-19, sebuah mesin ATM dicipta bagi mengeluarkan beras kepada mereka yang memerlukan. Hebat tak? 

Menurut perkongsian @LunaOi_VN di Twitter, individu yang memerlukan bantuan hanya perlu menekan butang yang disediakan pada mesin ATM tersebut untuk mendapatkan beras. 

Namun hanya 1.5kg beras boleh diambil pada satu-satu masa. Buat masa ini mesin tersebut ditempatkan di bandar Ho Chi Minh. 

Menurut penciptanya, Hoang Tuan Anh, idea untuk membina mesin ini timbul apabila dia melihat ramai pihak yang menyumbangkan beras kepada orang ramai secara berkumpulan dan tindakan ini boleh meningkatkan lagi kadar jangkitan. jadi dia melihat mesin ATM beras sebagai alternatif terbaik dalam memberikan bantuan. 

Mesin ATM beras ini beroperasi selama 24 jam. Orang ramai juga perlu beratur dengan jarak 1 meter antara satu sama lain disamping perlu menggunakan hand sanitizer yang disediakan ketika mahu mengambil beras.

Hrmm okay jugak kalau benda ni dibuat di Malaysia, kan?