Uishh sejak-sejak duduk rumah ni macam-macam resepi kita try buat dekat rumah kan, kembang la badan hehe…

Well Cik Ju memang ada resepi menarik untuk mommies try buat kat rumah… maklumlah anak-anak kita suka makan roti kat rumah ye dak? Okay jom try roti ala-ala rotiboy! 

Resepi istimewa ini dikongsikan oleh Juju Minhad di laman Facebooknya. Jom tengok!

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 250 gram
  • Gula 50 gram
  • Susu segar 150 gram
  • Telur kuning sebiji
  • Mauripan 1 sudu
  • Mentega 30 gram

Cara memasak:

Semua bahan ini dimasukkan dalam satu besen atau bekas kecuali mentega. Kemudian, pukul semua hingga rata. Seterusnya masukkan mentega, pukul lagi. Akhir sekali, uli adunan menggunakan tangan sampai ianya tidak melekat.

Kemudian tutup menggunakan tuala lembab dan biarkan dalam 40 minit. Selepas 40 minit, masukkan sepotong mentega dalam doh (salted). Bulat-bulatkan sebelum ianya disusun ke dalam tray. Tutup menggunakan kain lembab selama 10 minit.

Bahan-bahan untuk topping kopi:

  • Mentega 60 gram
  • Gula 30 gram
  • Serbuk nescafe 2 sudu dgn 2 sudu air suam (godak-godak dalam gelas, ketepikan)
  • Telur sebiji
  • Tepung gandum 70 gram

Pukul mentega dengan gula sampai creamy. Masukkan telur, aduk lagi. Kemudian masukkan air bancuhan nescafe tadi, aduk lagi dan masukkan tepung. Aduk sehingga rata. Selepas selesai semuanya, masukkan ke dalam piping beg, pipingkan dari tengah secara melengkar atas roti tadi. Akhir sekali bakar 170 darjah dalam 20 minit iaitu api atas bawah. Tambah 10 minit api atas untuk dapatkan efek roti yang rangup.

Siap!

Sumber: Juju Minhad