Buat homemade nata de coco dengan pokok aloe vera!

Nata de coco merupakan antara juadah pemanis mulut yang boleh didapati di pasaran. Anak-anak memang suka kan? 

Tetapi, mommies tahu tak sebenarnya nata de coco ni menggunakan pokok aloe vera. Jadi, kalau ada yang tanam pokok aloe vera di rumah, boleh juga cuba untuk buat homemade nata de coco. 

Macam Mana Nak Dapatkan Jeli Aloe Vera

1.   Pilih daun aloe vera yang matang (biasanya dah tiada garis-garis putih di bahagian kulit).

2.   Selepas dipotong, dirikan/condongkan aloe vera tersebut lebih kurang 30-60 minit untuk mengeluarkan lendir berwarna kuning. Lendir ni yang menyebabkan tekak gatal-gatal.

3.   Proses untuk dapatkan jeli sangat mudah, cuma kena berhati-hati sedikit duri dibahagian tepi yg tajam tu. Pertama, kena buang bahagian duri kiri dan kanan. Kemudian buang bahagian kulit yg rata(bahagian depan). 

Selepas itu potong gel tersebut bentuk dadu. Dah langkah terakhir potong kulit bahagian belakang yg sedikit melengkung tu.

4.   Masukkan jeli aloe vera dalam tapis dan siramkan air dan biarkan seketika sehingga lendir berwarna putih semua hilang.

5.   Rebus dengan air biasa dalam 30-45 minit sehingga jeli aloe vera tadi nampak lembut. Kemudian toskan air nya.

6.   Masak sekali lagi dengan gula batu dalam masa 15-20 minit. Gunakan sepeket gula batu untuk sukatan seperiuk aloe vera. Daun pandan jangan lupa. Biar harum sikit baunya.

7.   Sejukkan suhu bilik dan simpan dalam peti ais

8.   Sedia untuk diminum dengan air kesukaan uols. Tak perlu tambah lagi gula kerana jeli ni dah manis dah.

Sumber: Zulfahdli Ateman