Jom buat kuih butir nangka untuk minum petang!

So haritu Kak Jah scroll instagram dan nampak ramai betul yang buat kuih butir nangka ni sebagai menu minum petang. Hmm terliur Kak Jah maka Kak Jah pun carilah resipi kuih ni yang memang merupakan kuih favourite Kak Jah jugak.

Ni dah PKP dilanjutkan ni memang takde lah orang jual lah. So moh ler buat sendiri, bahan pun senang!

Resepi: Azie Kitchen

Bahan-bahan kuah:

  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:

Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 

Masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api.

Bahan-bahan biji nangka:

  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam
A picture containing person, green, indoor, holdingDescription automatically generated

Cara membuat:

Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.

Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.

Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

A bowl of soupDescription automatically generated

Haaa ada yang terliur jugak tak? Selamat mencuba!