Cik Ju ramai je kawan mommies yg selalu ada gangguan macam-macam bila work from home ni. Walaupun dah sebulan, gangguan tu tetap susah nak dielakkan. 

Tapi Cik Ju ada idea baik untuk uols… haha! Sebuah syarikat Jepun memperkenalkan produk khemah pejabat peribadi boleh lipat yang dinamakan ‘200 TENT001’. 

Ia sebagai satu cara membolehkan uols bekerja di rumah tanpa sebarang gangguan.

Khemah pejabat peribadi ini boleh dipasang di mana-mana ruang rumah mommies. Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pengguna yang bekerja dari rumah.

 Ini kerana di rumah, kita mempunyai banyak benda yang boleh menganggu dan melekakan kita. Contohnya TV, sofa empuk, makanan dalam peti ais, katil, anak kecil, binatang peliharaan dan banyak lagi.

So, 200 TENT001 didatangkan dalam bentuk khemah berwarna hitam, bersaiz cukup-cukup muat untuk seorang dewasa, berbentuk cakera ketika dilipat dan berbentuk kubik ketika dibentangkan.

Bagaimanapun uols perlu meletakkan kerusi dan meja anda sendiri di khemah pejabat ini.

200 TENT001 turut mempunyai bukaan bumbung dan tingkap untuk membolehkan cahaya masuk.

Selain itu uols juga boleh menggantung lampu di dalamnya. Ia juga mempunyai poket yang mommies boleh isi dengan botol berisi air untuk mengelakkan khemah pejabat uols mudah runtuh.

Menarik kan idea ni? hehe

Uols mungkin berminat baca:
Lelaki ini sanggup tinggal atas pokok elak covid-19
Mesin ATM keluarkan beras untuk Vietnam
Donat RM1 viral kerana kuasa netizen!