Penyampai kaji cuaca terima tetamu tak diundang

Oooo pandai ye nak populariti si comel ni, tetiba je dia masuk dalam set Ketika live dibuat menerusi siaran 14 News. 

Kejadian itu tular apabila video tersebut memaparkan penyampai kaji cuaca, Jeff Lyons sedang bersiaran langsung. Secara tiba-tiba penyampai itu menerima  tetamu tidak diundang! 

Tetamu yang tiba-tiba muncul dalam siaran langsungnya itu adalah seekor kucing comel peliharaannya. Kucing yang diberikan nama Betty tersebut muncul dalam siaran langsungnya hanya kerana mahukan perhatian.

Jeff kemudiannya mengangkat Betty dan mendukung kucing itu sambil menyambung membaca kajian cuaca. Disebabkan kejadian itu video mereka menjadi tular dan meraih ribuan shares di sosial media.

Jeff dan pasukannya berhasrat untuk memberi ganjaran kepada Betty kerana kucing ini video mereka tular. Ganjaran yang dapat difikirkan khas tersebut adalah penghormatan tertinggi yang mereka berikan di jabatan cuaca iaitu grafik kucing itu dan akan diberi nama ‘Betty the weather cat’.

Uols mungkin berminat baca:
Tetap kahwin walau Covid-19
Lagi nama bayi unik sempena covid-19… Sanitiser