Pantang larang kecantikan ibu yang menyusu badan

Rupanya banyak pantang larang melibatkan kecantikan yang mommies kena tahu tau. Yelah, berpantang ni merupakan proses pemulihan buat ibu-ibu dan banyak benda yang akan mengekang proses pemulihan tu.

Nak tahu apa dia? Meh Kak Jah share!

Jangan guna ubat jerawat 

A picture containing toiletry, lotion

Description automatically generated

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa ubat jerawat tidak boleh digunakan? Berikut merupakan 2 bahan yang terkandung di dalam produk memulihkan jerawat.

Benzoil Peroksida bersifat sederhana dan akan serta merta terlerai apabila memasuki badan. Bahan ini pilihan paling selamat untuk diambil ketika anda menyusukan anak. 

Asid Salisilik (0.5-2%): Boleh masuk ke saluran darah dan susu ibu. Sebaiknya, elakkan ubatan yang mengandungi bahan ini ketika anda menyusu bayi.

Jangan guna pil pemutih kulit

A picture containing indoor, sitting, table, book

Description automatically generated

Ia mengandungi merkuri dan retinoid yang mempunyai impak buruk terhadap sel-sel saraf si ibu yang mengamalkan pengambilan ubat ini secara konsisten dan menyusukan bayi mereka, yang menyebabkan bayi mengalami alahan kulit, cirit-birit dan beberapa masalah lain.

Jangan rias kuku

A picture containing indoor, person, food, small

Description automatically generated

Berhati-hati dengan sesetengah jenama pewarna kuku yang mengandungi formaldehida, kapur barus (camphor), dibutil ftalat (DBP), toluena, dan formaldehida resin.

Kesemua bahan ini mengandungi toksin yang boleh masuk ke dalam darah dalam jumlah yang sedikit.

Jangan guna krim dan losen

A picture containing person, clothing, indoor, woman

Description automatically generated

Krim dan losen (termasuk yang mengandungi asid alfa hidroksi) secara umumnya dianggap selamat digunakan semasa menyusu anak. Tetapi, elakkan menyapu krim di kawasan puting.

Krim yang mengandungi retinoid (khususnya digunakan untuk menghilangkan kedut di muka) harus dielakkan sama sekali kerana ketika kehamilan, retinoid boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

Jangan makan pil kurus

A picture containing sitting, table, topped, chocolate

Description automatically generated

Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperoleh dengan kebenaran doktor. Ubat ini biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan apabila tidak berselera atau lapar.

Mengambil lebih daripada dos bukan saja menyebabkan kesan sampingan yang membahayakan nyawa si ibu, tetapi juga bayi yang disusukan.