Indonesia teruskan tarawih berjemaah, akhirnya batal selepas seorang pengsan

Bulan Ramadhan kali ni memang lain betul cara menyambutnya, sebab seluruh dunia dikuarantin sehingga aktiviti solat tarawih pun tak dibenarkan. 

Dalam hal ni mommies kena perhatikan setiap ahli keluarga supaya tak sibuk nak ke surau, apatah lagi berjumpa dengan kawan-kawan untuk ‘moreh’ atau berbuka bersama. 

Namun keadaan ini berbeza di Indonesia apabila beberapa penduduk di Masjid Kemayoran, Surabaya tetap meneruskan solat tarawih secara berjemaah. 

Bagaimanapun solat tarawih terpaksa dihentikan selepas salah seorang jemaah pengsan secara tiba-tiba. Keadaan menjadi panik dan para jemaah yang lain memilih untuk pulang ke rumah selepas kejadian itu.

Pihak polis yang tiba di masjid tersebut kemudian memanggil ambulans dan petugas kesihatan ke lokasi kejadian. Tidak lama kemudian, mereka tiba lengkap memakai sut PPE untuk keselamatan.

Masjid tersebut kemudian ditutup dan semua yang berada di masjid diminta melakukan ujian saringan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kawasan di dalam masjid juga telah dinyah kuman dan ditutup buat sementara waktu.

Menurut saksi di masjid, mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan dilihat seperti tidak jadi mahu menyertai solat tarawih yang diadakan.

Insiden mangsa yang pengsan di dalam kawasan masjid itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan solat berjemaah diadakan di masjid itu.

uols mungkin minat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Pakai face mask tetap tak selamat, wanita ini jatuh pengsan di mall tiba-tiba…