5 benda paling kotor dekat dapur korang

Dapur ni boleh kata kawasan yang memang penuh dengan pembiakan kuman sebab ia basah dan sentiasa digunakan betul tak?

Kak Jah memang hampir setiap hari akan cuci dapur dan cuci semula semua benda2 yang digunakan tu dengan bersih. Kalau tak memang rasa tak best dan tak puas. So harini Kak Jah nak share 5 benda paling kotor dekat dapur korang tu.

Span pencuci pinggan

Span pencuci pinggan mangkuk adalah benda nombor satu paling kotor kerana keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria. Menurut kajian yang dilaporkan oleh The New York Times, cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap dua minggu sekali.

Pemegang microwave / peti ais

A picture containing indoor, clock, monitor, black

Description automatically generated

Kawasan itu menjadi tempat pembiakan kuman kerana kita sering menyentuhnya ketika tangan masih kotor. Cara yang terbaik untuk membersihkan kawasan ini adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan. Setelah bersih, boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.

Tempat letak pisau

A hand holding a flower pot

Description automatically generated

Bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau? Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau.

Sebulan sekali, rendam tempat letak pisau di dalam air panas yang dicampurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci penyedut minuman untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau.

Pembuka tin

A pair of scissors

Description automatically generated

Kebanyakan kita hanya melalukan air untuk membersihkan pembuka tin dan ada yang jirus bawah air je lepas guna tu tanpa basuh betul2! Ish, bahaya tau. Sebulan sekali, rendam pembuka tin dalam air larutan cuka untuk membunuh kuman.

Sinki

A kitchen with a sink and a window

Description automatically generated

Meskipun digunakan untuk mencuci, tidak semestinya ia kawasan yang bersih kerana sinki adalah tempat paling banyak bakteria.

Cara terbaik pembersihan sinki adalah menggunakan produk penyahjangkitan seperti peluntur sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.