Ramai wanita memang taw jamu ni bagus untuk kesihatan. Jamu ni boleh bagi macam-macam khasiat, tapi tak ramai yg sanggup minum, kan kan? 

Cik Ju tahu rasa dia memang payau, pahit, likat, lagi-lagi bila campur dengan telur ayam kampung. Mak aih bau dan rasa dia melekat sampai ke tekak walaupun dah minum air masak banyak kali. 

Gambar: iluminasi

 Tapii… uols perlu tahu badan kita ni nak pakai lama, takkan la baru umur 20-an body dah bagak, kembang semangkuk, kan? Kalau dah umur 50 tahun pun kita mesti la nk body fit mantap mcm anak dara. Orang cakap laki tengok pun meleleh. 

So ada 5 sebab penting yang kita sebagai wanita perlu tahu kenapa wajib makan jamu? Kalau uols baca sebab yang ke-4 mesti uols akan terkejut! 

1.   Jamu adalah herba pilihan

Ada yang jadikan manjakani atau kacip fatimah sebagai jamu. Ada juga yang jadikan ginseng, pueraria mirifica sebagai jamu. Ini bermakna setiap jamu mempunyai khasiatnya tetapi kebanyakan jamu orang dulu-dulu adalah untuk khasiat dalaman wanita seperti untuk stabilkan hormone dan kecutkan rahim. 

2.   Jamu dapat menguatkan rahim

Jamu juga memperelokkan peranakan khasnya bagi mereka yang pernah rahim jatuh. Selepas urut peranakan, sunat untuk makan jamu supaya ia dapat menyihatkan rahim uols.

3.   Dapat melancarkan peredaran darah

Jika darah lancar, ia juga dapat elakkan daripada kotoran darah yang menyebabkan jerawat, bisul dan lain-lain lagi.

4.   Dapat kuruskan badan dan bentuk badan yang lebih ideal

Mcm buah pear gitew! N sedikit tips, kalau uols sedang berdiet, nakkan tubuh badan yang cantik, mantap dan umph, jangan lupa untuk makan jamu terutamanya jamu yang kandungannya pueraria mirifica. 

Kenapa? Sebab kandungan tu boleh membentuk body uols lagi power, aset payudara dan punggung akan menjadi sedikit besar. Suka kan? Ala untuk husband uols jugak. Ni la caranya kita kena ikat hati suami supaya tak pandang ke perempuan lain! hehe

Kakisharesite.wordpress.com 

5.   Perbaiki tubuh badan dengan selamat

Tubuh badan ibarat sebuah mesin, jika mesin tersebut bekerja keras atau rosak sedikit, pasti akan rasa sakit. Kan? 

Sebagai contoh, kita tak sedar yang minuman sejuk atau ais itu tidak elok untuk rahim dan mengembangkan rahim, oleh itu, apabila makan jamu, rahim akan bertambah elok seperti biasa.

So uols dah tahu kan sebab kenapa perlu makan jamu di usia muda ni? Selamat beramal! 

Sumber gambar utama : profhariz.com