Budak kecil menangis restoran kegemaran ditutup, terpaksa makan masakan ibu

Alahaiiiii dik oi. Tergelak Kak Jah baca kisah ni. Budak-budak ni memang macam-macam ragam kan. So, kisahnya, dalam satu video yang viral baru-baru ni, ada seorang kanak-kanak perempuan bernama Layla Rae Charlton menangis sebab restoran fav dia iaitu McD dan Nandos tak bukak akibat wabak Covid-19 ni.

Sebagai pencinta makanan segera, Charlton terpaksa menahan diri dan hanya boleh makan masakan ibu dia sahaja. Dia pulak dah biasa makan makanan segera maka dia selalu lah nak makan makanan sedemikian walaupun dalam tempoh PKP ni.

Dalam video tu, ibu Charlton berasa geli hati melihat gelagat anaknya yang stress dan tak senang duduk seperti seorang drama queen.

Sebab tertekan dan sedih, Charlton terus menangis dan memujuk diri sendiri dengan bertanya kepada ibunya adakah restoran makanan Cina masih beroperasi.

Video lucu ni dah dikongsi lebih 100,000 kali di Facebook dan ia mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ada yang ketawa, ada yang kasihan dengan Charlton sebab ada juga ibu bapa lain yang alami masalah sama. Laaaa rupanya masalah global ye ni hehehe.

Tapi, bagus ibu Charlton ni sebab dia faham anaknya masih kecil dan gunakan pendekatan yang lembut untuk bagi anak dia faham tentang Covid-19 yang melanda dunia.

“Saya memberitahu dia bahawa sekarang Tuhan melarang semua orang untuk keluar daripada rumah dan perlu menunggu keizinan daripada Tuhan.

“Saya juga memberitahu dia bahawa ia sangat bahaya kalau dia keluar kerana jika tidak, dia akan diserang virus yang sangat jahat,” kata ibu Charlton.

Alahai kesian pulak Kak Jah dengan budak-budak macam ni. Yelah, mereka bukan faham apa yang berlaku kan.

Anak korang ada yang perangai macam ni jugak ke? Haaa macam mana korang tenangkan mereka? Share lah dengan Kak Jah okay?