Konon nak gelapkan badan, sekali berubah jadi ‘shrek’ gara-gara krim tiruan!

Kalau tengok korang punya kreatif dekat rumah ni, memang kadang-kadang ada yang tak masuk akal. Kenapa Cik Ju cakap macamtu? Sebab ada yang sibuk juga nak gelapkan kulit, dia pergi pakai krim kononnya nak hitamkan kulit sikit, sekali jadi warna hijau!

Ha dah rupa Shrek pulak! Pening dah kawan tu.

Kes ni berlaku di England apabila Jenni Coleman, pada mulanya mahu menggelapkan kulit tapi kulit badannya bertukar warna hijau selepas menggunakan krim dipercayai tiruan.

Menurut The Sun, dia menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila keesokan harinya, dia terkejut melihat dirinya bertukar menjadi warna hijau.

Jenni berkata, dia tak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku tapi mungkin daripada penggunaan krim tersebut.

“Saya tak pasti bagaimana berlaku, saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu.

“Saya tinggal bersama anak perempuan Leah, dan Emily dan berkali-kali mandi, malah menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut,” katanya.

Katanya kisah yang berlaku 4 tahun lepas kini menjadi bahan usikan rakan-rakannya yang mahu dia melakukannya sekali lagi supaya kelihatan seakan ahli sihir di saat semua orang berada dalam rumah.

sumber : TheSun.co.uk