Pasta ni memang merupakan makanan yang sedap dan boleh dimakan bila-bila masa. Pilihan sosnya pulak banyak dan boleh dimakan kering atau basah.

Cara masak pasta memang senang tapi ramai sebenarnya yang masih buat keislapan ketika merebus pasta. Jom Kak Jah kongsi panduan merebus pasta dengan cara yang betul okay.

1.   Jangan masak dua jenis pasta berbeza di dalam periuk yang sama

A picture containing banana, table, food, sitting

Description automatically generated

Walaupun ia menjimatkan masa, jangan masak dua pasta berbeza dalam satu periuk. Besar kemungkinan satu daripadanya akan terlebih masak daripada yang satu lagi, walaupun saiz mereka lebih kurang sama.

Gunakan periuk besar dengan air yang banyak

A picture containing cup, indoor, table, food

Description automatically generated

Bagi setiap 100 gram pasta, gunakan 1 liter air untuk merebusnya. Kalau korang guna periuk kecil, pasta korang akan menjadi berkanji dan lekit. Jadi jangan kedekut!

Tunggu hingga air rebus mula mendidih sebelum menambah garam

A hand holding a pot

Description automatically generated

Menambah garam kepada air yang belum panas boleh menyebabkan periuk keluli tahan karat anda berkarat. Jadi tunggu hingga air betul-betul mendidih supaya garam terus larut.

Jangan tambah minyak ke dalam air rebus

A bowl of soup

Description automatically generated

Kak Jah tengok ramai yang buat silap begini. Sebenarnya, jangan masukkan minyak semasa rebus pasta. Minyak akan menyelaputi pasta dan menghindari sos daripada melekat padanya. Lagipun, ia tidak efektif dalam mencegah pasta daripada melekat antara satu sama lain.

Okay korang kalau nak make sure pasta elok dan sedap, ikutlah tips ni ya. Selamat mencuba!