Terkejut Cik Ju tengok update gambar artis Indonesia ni kat laman sosial Instagram. Mau tidak, dalam diam-diam, penyanyi jelita Datuk Seri Rossa dah berkahwin dengan seorang artis Korea! 

Dengan mengenakan busana tradisional pengantin Jawa, penyanyi berusia 41 tahun itu melayangkan kapsyen yang antara lain memohon maaf kerana tidak dapat mengundang teman-teman ke majlis pernikahannya berikutan arahan kuarantin.

“Terima kasih atas doa dan saya sangat menghargainya… Doakan kita bahagia ya,” katanya dalam entri berkenaan.

Hrm dah siap letak caption macam ni, memang tercenganglah netizen termasuklah selebriti yang bertanya macam-macam, dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Rossa! 

Tetapi rupanya, Rossa sekadar mengusik. Jejaka yang dipaparkan adalah aktor popular Korea Selatan, Kim Sooh Hyun.

“Itu bukan foto asli, ia hasil suntingan teman saya… Tolong jangan percaya,” katanya.

Antara selebriti yang terpedaya dengan gurauan Rossa adalah pelakon yang terkenal dengan watak Cinta dalam filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo.

Nak kena Rossa ni nakal sangat! Hrmm, tapi kalau betul pun apa salah nye, kan??