8 jenis pokok boleh bantu uols tidur lena!

Momies, ada good news untuk uols! Sebab ada di antara kita yang susah tidur lena kan walaupun dah keletihan buat kerja di rumah. 

Mommies boleh tanam beberapa pokok ni untuk buat uols tidur lena. Mesti tenang sahaja tidur pada waktu malam!

1.   Areca palm

Areca palm mampu membersihkan udara dalam bilik tidur dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan memberi kesan supaya mudah bernafas. Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang kerap selsema, bersin dan sinus.

2.   Aloe vera

Menurut dalam kajian NASA, aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam. Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur. Paling penting, pokok aloe vera sangat mudah dijaga.

3.   Ivy plant

Satu kajian yang di buat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati pokok ivy mampu menyingkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam. Sangat bagus untuk individu yang kerap bersin di waktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.

4.   Garbera daisy

Garbera bukan hanya mampu membersihkan udara namun menaikkan seri bilik. Warna-warni garbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri. Emosi yang positif sebelum tidur memberi kepuasan ketika tidur.

5.   Jasmine

Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang wangi. Namun menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine meningkat tahap kualiti tidur.

6.   Lavender

Sukar untuk tidur, bergolek kiri kanan namun masih belum mampu tidur. Haruman lavender sangat membantu kerana haruman lavender merupakan agen penenang kepada otak. Lebih tenang, maka lebih mudah untuk tertidur.

7.   Snake plant

Pokok hidup yang paling popular bukan hanya kerana mudah dijaga namun kerana kebaikan yang diberi pada manusia. Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya membebaskan oksigen tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin beracun dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.

8.   Peace lily

Pokok bunga lily bukan hanya membersihkan udara, namun mampu menyingkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara. Sangat bagus untuk yang menghadapi kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.

Sumber: Huda Zainal

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun