Kita ni kalau anak umur setahun, dengan puting di mulut, biasanya tak pandai buat apa-apa pun lagi. Yang tahu hanyalah bermain cara kanak-kanak dan menangis sahaja. 

Tapi uniknya pada kanak-kanak ini apabila baru sahaja berusia setahun sudah pandai bermain snowboard.

Ia memang kebolehan di luar jangkaan bagi kanak-kanak yang baru berumur setahun. 

Menurut laporan Metro.co.uk pasangan Carolin dan Patrick Schreiber sangat gemar bermain salji sehingga mereka akan mengajarkan ketiga-tiga anak mereka untuk turut bermain salji bersama.

Mereka akan meluncur di kawasan pergunungan berdekatan Kartitshc, Tyrol, Australia iaitu kampung asal Patrick.

Menurut pasangan berkenaan, cara untuk menarik perhatian anak-anak mereka untuk bermain snowboard ialah dengan membuat sedikit helah contohnya mereka akan membawa mainan dan patung anak-anak mereka ke kawasan pergunungan.

Setelah itu, mereka membiarkan anak mereka mengejar mainan itu sewaktu ianya dijatuhkan.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun