Semua orang nak hias rumah tapi bajet tak ada. Tapi wanita ni berjaya hias rumah dengan cantik dengan modal RM200 je! 

Menarik kan?

Jom kita ikuti perkongisan Mcyah Jonjett bagaimana dia dan suami mengubah ruang dapur menjadi sangat cantik dengan modal yang rendah.

Actually rumah aku ni takde dapur (biasalah rumah orang have-have mana masak). Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur.

Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai eco RM2 dan MrDIY sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.

Nampak Luas dan Bersih

Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri je hehe.

Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wallpaper beli kedai eco RM2.

Sebelum: Sinki suami buat sendiri guna kayu.
Sinki selepas

Langsir plastik bilik mandi, aku potong pendek, suami DIY penyangkut langsir untuk sangkut.

Langsir RM8 (MrDIY)
Frame RM8 (MrDIY)
Bunga RM20 (MrDIY)
Para plastik RM17 (MrDIY)
Tempat bancuh air sebelum
Tempat bancuh air selepas

Langsir plastik ni yang bawah sinki tadi kan aku potong dua dia labuh. Separuh letak sinki separuh letak sini.

Bunga RM10 (MrDIY)
Rak RM15 (MrDIY)
Tempat masak selepas
Bidai RM23 (MrDIY)
Rak bawang RM25 (MrDIY)
Frame RM15 (MrDIY)

Halalkan part kedut-kedut tu eh

Bekas sudu (eco RM2)
Laki aku ikat pada straw untuk aku cucuk tali
Jadi camni laki aku sangkut pakai skru kat meja bancuh air.
Langsir plastik toilet ni la aku ubahsuai potong dua letak dekat sinki dan dekat tempat bancuh air.

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun