Jom buat Blueberry Cheese Cake modal RM30 je!

Cakap pasal kek, siapa la yang tak suka kan? Jom mommies cuti-cuti dekat rumah ni kita buat kek yang modalnya tak sampai RM30 pun. 

Kalau beli di kedai, tentu harganya lebih mahal daripada ni. Jadi bagi uols yang nak makan kek keju dengan harga bajet, boleh try buat sendiri.

Tak lawa tak apa, yang penting dapat makan seisi keluarga.

Jom kita tengok cara yang dikongsikan SuiSan Aliezsha melalui Facebooknya. 

Bahan Lapisan Bawah

  • 8 keping biskut digestive (hancurnya guna lesung batu)
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)

Cara Membuat Lapisan Bawah

1.   Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam bekas.

2.   Masukkan pula mentega yang telah dicairkan.

3.   Gaul sebati. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk dipadatkan.

Bahan Cheese:

  • 250 gram cream cheese tatura
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur ayam
  • ½ sudu besar jus lemon
  • 1½ sudu besar tepung gandum
  • Jem blueberi secukupnya

Cara Membuat Cheese:

1.   Campurkan cream cheese dan gula halus. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur ayam. Putar lagi.

2.   Masukkan jus lemon. Putar lagi.

3.   Masukkan pula tepung gandum. Gaul rata.

4.   Curahkan adunan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit.

5.   Selepas masak, biarkan sejuk dan letak jem blueberi di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun