Sebab kenapa uols perlu basuh dulu baju baru

Kalau uols beli baju baru, jangan excited lebih nak terus pakai baju baru taw. Make sure cuci dulu sebab ada beberapa perkara bahaya yang uols kena alert. 

Nampak bersih, tapi kita semua kena tahu apa bahayanya pada tubuh badan kita: 

Pakaian Mengandungi Bahan Kimia

Apa yang dikongsikan oleh How Stuff Works, perlu untuk uols tahu bahawa kebanyakan syarikat pengeluar pakaian akan menggunakan bahan kimia di baju untuk mengelakkan kain pakaian daripada mudah reput dan diserang serangga kecil sehingga merosakkan pakaian.

Bahan Kimia Memberikan Kesan Terhadap Tubuh Badan

Kredit: Homes Remedy

Untuk sesetengah yang alah dan mempunyai kulit sensitif, bahan kimia yang terdapat pada pakaian boleh menyebabkan penyakit kulit seperti ekzema dan sekiranya pakaian tidak dibasuh, ada kemungkinan kita terhidu dan tertelan bahan kimia tersebut yang akan memberikan kesan terhadap kesihatan dalaman.

Penyebaran Bakteria Melalui Pakaian

Kredit: This Is Money

Bahan kimia bukanlah satu-satunya sebab uols perlu basuh pakaian, malah bakteria juga perlu diambil kira. Bakteria mampu bertahan pada pakaian, jadi mereka boleh berpindah ke tangan uols ketika menyentuh pakaian dan kemudian memasuki badan uols.

Bakteria pada pakaian juga boleh menyebabkan jangkitan kulit jika uols mengalami luka atau luka terbuka.

Penyebaran Kuman Dari Najis

Kredit: Maple Appliances

Seluar dalam juga cenderung dijangkiti oleh kuman dari najis atau juga jangkitan kemaluan. Walaupun kebanyakan orang tidak mencuba seluar dalam, namun pakaian seperti seluar dan pakaian renang biasanya dipakai dan dicuba oleh sesiapa sahaja yang kita tidak pasti tahap kebersihan mereka.

Jadi, amatlah digalakkan untuk uols membasuh dahulu pakaian sebelum memakainya.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun