Jom DIY stor luar rumah, nampak kemas dan cantik!

Tempat simpanan barang atau stor adalah salah satu elemen penting dalam setiap rumah.

Dengan adanya tempat simpanan barang yang baik, barulah kita mudah nak mengorganisasikan barangan dan menjimatkan masa bila nak cari dan ambil untuk digunakan nanti.

Bagi yang dah tak ada ruang di dalam rumah, boleh cuba idea DIY stor di luar rumah yang dikongsikan oleh Syasya Safiyya menerusi Group Facebook Kelab Kaki D.I.Y ini.

Menurutnya, stor ni dah guna 2 tahun tapi memang tahan dan kukuh. Kalau orang lalu depan rumah pun, memang tak perasan yang ada stor dekat garaj tu. Maksudnya ia terlindung dengan baik dan langsung tak menyakitkan mata.

Menarik kan?

Jom tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah. Idea diy stor luar rumah supaya kemas & terlindung. Ni stor kat rumah saya yang dibuat dekat garaj kereta. Kalau orang lalu depan rumah, memang tak perasan langsung ada stor kat garaj tu. Sebab bila dipandang dari laluan depan rumah, beginilah rupanya.

Ini pula rupa stor tu bila dilihat dari dekat

diy stor luar rumah

Setiap rak ni memang kukuh, kalau orang dewasa panjat duduk pun tak runtuh. Alhamdulillah dah 2 tahun dah guna stor ni.

Cara buat stor luar rumah

Langkah 1

Mula-mula ambil ukuran lebar dan tetapkan kedalaman yang sesuai.

Untuk tampung papan plywood tu, kami guna bracket aircond yang dibeli di kedai hardware.

1 pc tu harganya dalam RM7 saja.

Langkah 2

Bila dah setkan kedudukan tadi, lekatkan papan tepi tu.

Kami guna engsel macam dalam gambar di atas ni.

Diy stor luar rumah

Langkah 3

Kemudian buat pula pintunya dengan plywood yang dah dipotong mengikut saiz.

Pintu ni dilekatkan guna engsel juga.

Kalau rajin boleh tambah damper kabinet (hydraulic). Lagi senang nak buka and tutup nanti.

Langkah 4

Boleh tambahkan kunci sekali pada pintu tu supaya simpanan kita selamat. Lagipun sebab stor ni letak di luar kan.

Akhir sekali bolehlah cat ikut warna cat dinding rumah atau ikut warna apa yang kita suka.

Kami guna cat minyak. Tapi tak ingat dah cat jenama apa.

Beginilah hasil akhirnya.

Gambar stor dari pandangan hadapan.

diy stor luar rumah

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun