Senaman yoga antara jenis senaman yang mudah untuk dipraktikkan oleh sesiapa dan di mana-mana je. Tak perlukan alatan yang banyak dan boleh dilakukan di rumah. Just cari tempat yang luas sikit dah boleh buat dah.

Cat Cow

Pose cat cow ni paling senang dan mudah untuk siapa-siapa pun buat. Pose ni bagus untuk meregangkan dan mengurang kan sakit dekat pinggang dan bahagian belakang badan. Bangun pagi, kalau boleh buat pose ni 5 ke 10 kali sehari nak lebih pun boleh.

yoga

Downward-Facing Dog

Gerakan Downward-Facing Dog ni boleh menenangkan otot-otot. Pose yoga ni juga boleh membantu mengurangkan sakit pinggang dan bahagian belakang badan. Pose Downward-Facing Dog dapat bantu kita balance kan badan.

yoga

Pose Sphinx

Pose sphinx juga boleh dipanggil sebagai cobra pose, paling sesuai untuk sesiapa yang ada masalah sindrom carpal tunnel atau ada masalah di pergelangan tangan.

gerakan yoga sederhana

Pose sphinx dapat menguatkan tulang punggung,dan boleh meredakan sakit pinggang. Gerakan yoga yang satu ni juga membantu menenangkan bahagian dada, bahu, perut, sampai hilang sakit . Kebanyakan jenis sukan yang banyak mengunakan pegerakkan pinggang dan ke bawah akan menggunakan posisi pose yang sama masa cool down selepas workout.

Child’s Pose

Child’s Pose ni di antara pose yang senang untuk dilakukan. Slowly melipat badan ke depan dengan lembut sambil melegakan ketegangan di bahagian tengkok dan pinggang. Pose ni dapat membantu mengilangkan stress dan penat sebab berhubung di antara tubuh dengan pernafasan kita.

gerakan yoga sederhana

Bridge Pose

Bridge pose ni kita buat sama macam nama dia, naik kan belakang badan dengan menenangkan paha dan menaikan dada sedikit ke atas. Bridge pose ni dapat membantu kita untuk meluruskan otot punggung sekali bagi shape yang cantik dekat paha dan pinggul. Boleh dipraktikkan selama satu minit atau lebih, tapi jangan lah sampai kejung.

yoga

Boleh dh la cuba, pose yoga mudah ni kat rumah. Pagi selepas bangun tak pun buat sebelum korang nak masuk tidur. Selamat mencuba!

Sumber: merdeka.com