‘Rendam Batang, Lepas Tu Cucuk Je’, Ini Cara Tanam Kangkung paling mudah

Wah, rupanya cara tanam kangkung ni mudah sangat dan semua orang boleh tanam dekat rumah!

Patutlah ramai yang suka tanam kangkung ni sebab ia juga mudah dijaga, cepat membesar dan tak perlukan perhatian khusus. Lepas 2-4 minggu dah boleh nampak hasilnya.

Jadi, apa kata kita tengok dan pelajari cara tanam kangkung yang ditunjukkan oleh Puan Fatimah Naamat ini.

Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.

Cara tanam kangkung

1.   Ambil pucuk & batang kangkung

Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur.

Tinggalkan pucuk kat atas sekali dan batang dia. Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh. Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.

Cara tanam kangkung

2.   Rendam

Rendamkan kejap dalam 2-3 hari untuk bagi akarnya keluar.

3.   Tanam

Tanam Dekat Tanah

Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos.

Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.

Tanam Dalam Air Bertakung

Boleh juga tanam dalam air bertakung.

Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang. Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu. Cara ni sesuai untuk yang selalu sibuk.

Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya.

Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang. Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.

4.   Biarkan di tempat redup

Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas. Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.

5.   Dah boleh tuai lepas 4 minggu

Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bila-bila nak masak.

Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.

Cara tanam kangkung

Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak. Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.

Mudah kan?

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun