Menanggalkan kesan minyak pada bekas makanan memang agak melecehkan. Disebabkan itu jugalah ada yang lebih rela buang sahaja daripada bersusah payah sental kesan minyak.

Tapi seorang TikTokers iaitu Ajez telah memberikan solusi paling mudah untuk mencuci kesan minyak yang ada pada Tupperware. Caranya hanya dengan menggunakan tisu dan sabun je.

Langkahnya:

  1. Masukkan sabun dan air ke dalam Tupperware. Kemudian masukkan sekeping tisu dapur.
  2. Goncang bekas selama dua minit.

Dan siappp! Masa ni korang akan dapat lihat semua minyak tadi melekat pada tisu. Jom tengok video di bawah untuk hasilnya.

Mudah sahaja kan? Jadi lepas ni tak perlulah buang Tupperware korang tu. Cuci guna cara ni je. Boleh ajar juga mak-mak kita cara ni. Jimat masa dorang dekat dapur.

Selamat mencuba!