Tak ada idea nak masak apa hari ini? Haaa, kami ada satu resepi best untuk korang cuba iaitu tauhu begedil.

Tauhu begedil memang sedap dimakan sama ada sebagai lauk atau hidangan utama. Ditambah pula dengan sambal kicap pedas, memang ‘terangkat’ jadinya.

Kalau tengok dekat kedai, harga untuk sebiji saiz kecil tauhu ini boleh mencecah RM1. Secara jujurnya memang tak berbaloilah untuk saiz sekecil itu.

Sebenarnya kalau nak tahu proses nak buat tauhu begedil ni tak susah pun. Semua bahan boleh dapatkan dekat pasar raya besar atau pasaraya hari hari.

Jom tengok perkongsian resepi murah tauhu begedil daripada Puan Liyana Farhana.

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang
  • 1 paket tauhu kering
  • Inti daging/ayam
  • Daun sup
  • Lada sulah putih
  • Garam
  • Perasa (pilihan)
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Rebus atau goreng kentang. Jangan terlalu lembik.
  2. Rebus atau goreng ayam/daging yang dah dipotong tadi.
  3. Tumbuk kentang hingga hancur.
  4. Potong tauhu dalam bentuk (X) – jangan putuskan dan keluarkan  isi tauhu.
  5. Potong daun sup kecil-kecil.
  6. Satukan semua bahan (kentang, daging/ayam, isi tauhu, daun sup, garam, perasa, lada sulah, bawang goreng) dan gaul sebati sebelum sumbatkan ke dalam tauhu.
  7. Salut tauhu dalam telur dan tepung dan sedia untuk digoreng.

Hasil lepas digoreng. gebu-gebu tauhu begedil beliau.

Cara penyediaan sambal kicap:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Cili merah ditambah ikut tahap kepedasan
  • Belacan 2 inci
  • Kicap manis

Goreng semua bahan hingga layu kecuali kicap dan kisar halus. Hasil sambal kicap. Nampak menggiurkan sungguh kan?

Kredit: Makan Viral Johor

Mudah sangat kan? Sesuai dimakan untuk semua isi rumah, apa kata korang cuba buat nanti untuk anak-anak.  Pasti mereka suka.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Liyana Farhana
Kredit gambar utama: Sayaiday

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!