Selebriti yang juga usahawan, Hanis Zalikha atau lebih dikenali sebagai KekNis memang rajin share resepi-resepi best dekat followers dia. Resepinya pula memang semua mudah-mudah untuk diikuti.

Sis tertarik dengan satu resepi yang baru di share di IG Story dia iaitu resepi sotong crunchy ala KekNis. Dekat sini sis sertakan sekali screenshot yang sempat sis SS hari tu. Jom cuba.

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Rempah Kari ikan
  • Garam
  • Lada sulah
  • Sos tiram 1 sudu
  • Sos ikan 1 sudu
  • Telur 1 biji
  • Tepung serbaguna

Bahan sos:

  • Kicap soya cair 3 sudu
  • Gula perang 2 sudu
  • Sos ikan 2 sudu
  • nak pedas – tambah cili kering/cili padi/cili serbuk
  • Bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Rendam sotong semalaman dalam fresh milk untuk buat dia lagi juicy dan rangup.
  1. Masa nak masak, tapis dulu sotong sebelum perapkan dengan bahan-bahan lain.
  1. Kemudian campurkan dengan tepung serbaguna sebelum goreng. Kalau korang suka pedas, boleh guna tepung goreng ayam yang pedas tu.
  1. Masa panaskan minyak pastikan guna api besar kemudian tukar kepada api sederhana.
  2. tak perlu lama, agak tepung dah masak, angkat sotong. Kalau lama takut sotong liat nanti.
  3. Bila dah siap goreng, dalam kuali lain tumis bawang putih dengan sos. Sos tu KekNis kata tak payah banyak supaya sotong tu disalut perfect je.
  1. Bila dah berbuih, masukkan sotong tadi dan kacau sampai sebati then tabur biji bijan sebelum angkat.

Dah siap! Mudah je kan? hasil dia memang mengancam beb.

Kalau nak tahu sotonglah menu yang paling senang nak masak, sebabnya sekejap je penyediaan dia. Tak sampai 10 minit je boleh siap.

Selamat mencuba!

Korang juga mungkin minat nak baca:
Tip Sotong Goreng Tepung Menjadi, Tanpa Letup Yang Penting Rangup