Selalu kalau minyak masak dah kotor, korang buat apa? 

Sebenarnya, masih ramai orang kita yang tak tahu cara buang minyak masak kotor dengan betul. Sebab tu lah ada antara kita yang main siram je dekat tanah, longkang atau pun sinki. Puncanya sebab tak tahu. Atau malas nak ambil tahu?

Kredit: CDN

Korang tahu tak sebenarnya perbuatan main siram je ini lah yang jadi punca alam sekitar tercemar – pembiakan serangga perosak yang boleh sebabkan berlakunya pencemaran air, ancaman kepada hidupan akuatik & gangguan sistem perparitan.

Jadi macam mana cara yang betul nak buang minyak masak? 

1. Jual

Daripada buang merata, baiklah korang jual. Duit dapat, alam pun terjaga. Walaupun harga jualan cuma RM1.20/kg, tapi kalau dikumpul banyak-banyak kan ke boleh dapat banyak lagi duit tu. Lagi-lagi kalau korang buat bisnes berkaitan dengan makanan bergoreng. Lagi banyak boleh simpan dan jual.

Kredit: HM

Ada beberapa tempat yang korang boleh jual minyak masak terpakai untuk penghasilan biodiesel:

  • Akademi Tahfiz Al’ Hira, Rawang
  • Kelab Belia Sentosa, Batang Kali
  • Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
  • Alam Flora

2. Serbuk pengeras minyak

Kalau dekat negara lain terutamanya Jepun, serbuk pengeras minyak ni memang wajib ada dalam rumah tau. Kalau korang rasa malas nak simpan minyak masak terpakai tu banyak-banyak lepas tu jual, korang bolehlah beli serbuk ni. Cari je dekat Daiso mesti ada. 

Kredit: Noor Hafiza

Cara nak guna sangat mudah. Korang panaskan minyak dan masukkan serbuk pengeras. Tunggu minyak sejuk dan membeku. Bila dah beku, bolehlah masukkan dalam plastik dan buang dalam tong sampah korang.

3. Kitar semula sendiri

Kalau korang suka DIY, apa kata kitar jelah minyak masak tu sendiri. Tak tahu nak DIY apa, korang search je dekat YouTube penghasilan produk DIY yang berasaskan minyak. Contoh yang paling senang lilin dan sabun mandi.

Kredit: Lit Up Candle

Tapi korang kenalah buat proses hapuskan dulu bau-bau yang ada dalam minyak korang tu. Jangan nanti, bila bakar lilin, sekali bau ayam goreng. Tak ke haru nanti? Memanjang jelah lapar bau ayam goreng dalam rumah.

Mudah je kan? Nanti bolehlah bagitahu kawan-kawan korang atau pun keluarga yang masih dengan cara buang minyak merata tu. Bukan apa, kalau alam sekitar tak bersih, generasi akan datang juga yang susah kan?