Minyak masak rumah korang biasanya akan buang bila? Bila dah hitam dan likat atau pun korang guna je sampailah dia sendiri habis terserap dalam makanan?

Hari ni sis nak share pasal bila sebenarnya korang kena tukar minyak masak dan apa tanda-tandanya minyak masak korang perlu ditukar supaya ianya tak bertukar jadi racun yang berbahaya pada badan. 

Kredit: CDN

Pertama sekali korang kena tahu, kualiti minyak masak boleh berubah disebabkan oleh beberapa perkara:

  • jenis makanan yang digoreng berasaskan haiwan lebih cepat turunkan kualiti minyak masak
  • kandungan air dalam makanan
  • kekerapan penggorengan
  • suhu menggoreng tinggi akan cepatkan proses minyak jadi tengik
  • salutan makanan seperti rempah boleh turunkan kualiti minyak masak

Disebabkan pengoksidaan, polimerisasi dan/atau hidrolisis menyebabkan minyak bertukar jadi perang pekat, tekstur likat atau pekat serta bau yang tengik.

Bila minyak dipanaskan dengan suhu tinggi, tindak balas kimia akan berlaku sehingga mampu merisikokan kesihatan dan boleh membawa kepada masalah jantung, kanser dan neurodegeneratif dalam tempoh masa yang panjang.

Sebab itulah pakar kesihatan nasihatkan untuk orang ramai hanya gunakan minyak masak tak lebih daripada 3 kali. Dan vitamin E yang ada dalam minyak pun boleh musnah maksimum lepas 5 kali korang menggoreng. Bila nutrien dah tak ada, memang tak ada kebaikan dah lah minyak korang tu.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan letakkan 6 tanda yang tunjukkan korang perlu tukar minyak masak korang:

  1. Warna minyak bertukar perang pekat. Kalau dah hitam tu pandai-pandailah fikir nak buat apa.
  2. Tekstur minyak masak jadi lebih pekat dan likat.
  3. Bau minyak masak dah tengik.
  4. Masa minyak dipanaskan, asap lebih banyak.
  5. Warna makanan digoreng jadi terlalu perang dan tak menarik
  6. Rasa makanan tak sedap sebab sisa makanan yang ada dalam minyak masak.

Jadi sebab itulah pakar kesihatan nasihatkan guna 3 kali maksimum sebab biasanya lepas daripada 3 kali, minyak akan tunjukkan ciri-ciri di atas, iaitu tanda minyak dah tak berkualiti.

Sis harap lepas ni, korang tak simpan dah minyak masak yang dah ‘rosak’ tu. Jangan sebab sayang dan risau membazir, korang gadaikan kesihatan korang.

Nak buang minyak masak pun kena tahu cara tau. Hari tu sis ada share kat sini tentang cara betul uruskan minyak terpakai untuk kesihatan alam sekitar. Jangan tak tahu, daripada minyak masak terpakai pun korang boleh jana duit tau.

Baca dekat sini:
Jangan Buang, Jom Buat Duit Dengan Jual Minyak Masak Terpakai & Cara Betul Uruskan