Selebriti Hanis Zalikha atau lebih dikenali dengan nama KekNis ni bukan je pandai masak, tapi juga pandai mendeko sampaikan rumah dia pun semua dia yang deko kan.

Tapi baru-baru ni KekNis yang share pasal pemasangan mural dekat siling rumah kliennya dikritik hebat netizen. Sis macam pelik, kenapa eh tak boleh ke nak pasang mural dekat dalam bilik air?

Kredit: Hanis Zalikha

Sampaikan katanya ada komen yang jelaskan sebab apa benda tu tak boleh dipadam oleh KekNis. Jom tengok sikit apa yang komen tu cakap. Nasib baiklah ada orang sempat screenshot.

Kata pemilik akaun yang dikenali sebagai Eqienura Mokhtar, hiasan dalaman bukan sekadar nak nampak cantik je tapi kena pastikan selamat.  Dan untuk long term, ia memang bahaya sebab adanya penggunaan bahan kimia.  Sebab itulah pereka hiasan dalaman tak sarankan untuk pasang mural atau wallpaper dekat bahagian siling.

Kredit: Eqienura

Beliau yang juga yang dah terlibat selama 9 tahun dalam bidang kerja ID berkata, banyak material dan finishes untuk hiasan dalaman ni dirawat gunakan bahan kimia dan bebaskan toksik di udara. Jadi kalau diteruskan juga guna bahan yang itu, tak mustahillah dalam masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kesihatan pada empunya rumah.

Kredit: Hanis Zalikha

Beliau yang tak ada niat pun nak tutup periuk nasi siapa-siapa. Cumanya nak nasihatkan supaya orang ramai aware dengan benda ni.

Sis harap kalau korang nak deko deko renovate dalam rumah tu, pastikan dapat servis yang memang ada tauliah. Sebabnya ruang yang selalu kita guna kalau adanya pelepasan gas berbahaya, ianya akan jejaskan kesihatan korang jugak.

Korang juga mungkin minat nak baca:
Ratah Pun Sedap, Jom Cuba Resepi Sotong Crunchy Korea Ala KekNis